Bayi ditemui di tepi tong sampah
3 posters
Page 1 of 1
Bayi ditemui di tepi tong sampah
TASEK GELUGOR 7 Sept. - Ketika umat Islam semakin hampir menyambut Syawal dan kes-kes pembuangan bayi pula semakin reda, berlaku pula kes pembuangan insan yang tidak berdosa itu hari ini.
Kali ini berlaku di Pekan Kampung Selamat di sini yang disedari seorang suri rumah, Norhaidah Abu Hamad, 42, semasa hendak membuang sampah, pukul 8.30 pagi.
Norhaidah berkata, dia terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dalam keadaan berbalut kain serta dibungkus dengan plastik.
Katanya, ketika kejadian, dia menunggang motosikal bersama seorang anaknya, Nordiana Khalidan, 21, yang memegang bungkusan sampah untuk dibuang.
"Namun setibanya di tong sampah di tepi jalan itu, saya terkejut mendengar tangisan seorang bayi.
"Saya lalu memeriksa sekitarnya dan terkejut melihat 'sesuatu' bergerak-gerak di dalam satu bungkusan plastik.
"Apabila dibuka, didapati seorang bayi lelaki masih bernyawa serta dibalut dengan kain," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Katanya, bayi berkenaan yang masih berdarah dan bertali pusat dibawa pulang lalu dimandi, dibersihkan serta diberi susu.
Menurutnya, setelah memastikan keadaan bayi berkenaan selamat, dia terus memaklumkan penemuan tersebut di Pondok Polis Kampung Selamat.
"Mujurlah bayi itu ditemui lebih awal kerana jika lambat, si kecil ini mungkin menjadi makanan anjing yang berkeliaran," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, bayi berkenaan yang masih belum dikenal pasti bangsa dan keturunannya diserahkan ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.
"Berdasarkan pemeriksaan doktor, bayi tersebut yang dilahirkan normal dan cukup sifat disahkan sihat dan stabil.
"Bayi itu kemudian dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi berkenaan agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 04-5762222 bagi membantu siasatan.

ypeng(U6A/10)- Posts : 120
Join date : 2010-01-24
Re: Bayi ditemui di tepi tong sampah
mengapakah kebelakangan ini semakin banyak kes pembuangan bayi semakin banyak? adakah manusia pada dunia ini telah menjadi semakin kejam?kejam hingga sampai hati untuk membuang anak sendiri di dalam tong sampah atau dalam sungai.
Tee Yee Yean (U6B/'10)- Posts : 29
Join date : 2009-05-13
Re: Bayi ditemui di tepi tong sampah
YA! saya setuju...
Bangunlah! Masyarakat!! Sekarang merupakan masa yang terbaik untuk kita bersama-sama untuk mengurangkan tragedi sebegini! Sokongan padu dan kerjasama sepatutnya menyeluruh semua pihak untuk berganding bahu mengurangkan masalah ini...

leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Similar topics
» Pelajar Sekolah Jumpa Bayi Dibuang Tepi Semak
» Mayat bayi ditemui berhampiran surau
» Mayat Bayi Ditemui Dalam Tandas Hotel
» Mayat bayi disyaki mangsa dera ditemui
» Bayi lelaki ditemui dalam rumah kosong di Georgetown

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum