PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mayat bayi disyaki mangsa dera ditemui

Go down

Mayat bayi disyaki mangsa dera ditemui Empty Mayat bayi disyaki mangsa dera ditemui

Post  WAN SEN (U6A) Sat Aug 21, 2010 9:04 am

Budak ada kesan lebam pada anggota badan

REMBAU: Sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah terperanjat apabila menemui mayat seorang bayi lelaki, lengkap berpakaian dan diselimuti tuala ditinggalkan di atas bangku sebuah pondok menunggu bas di Kilometer 14 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, di sini kira-kira jam 6 pagi semalam.

Siasatan awal polis menemui kesan lebam pada kepala, muka, mata dan belakang badan mangsa. Kejadian terbaru ini adalah kes pembuangan bayi ke-66 tahun ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata bayi malang berkenaan ditemui beberapa pelajar yang menunggu bas untuk ke sekolah mereka.

“Mereka terkejut melihat bayi lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala berada di tempat duduk di pondok menunggu bas itu lalu segera memanggil beberapa pengguna jalan untuk membantu, tetapi bayi itu didapati sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Sambil meminta mana-mana klinik swasta yang ada merawat bayi berusia lingkungan satu tahun yang mempunyai kesan kecederaan sedemikian supaya menghubungi polis, Mizan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Katanya, polis turut mengharapkan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi talian 06-6852222 atau 06-6851999 bagi membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum