Mayat Bayi Ditemui Dalam Tandas Hotel
Page 1 of 1
Mayat Bayi Ditemui Dalam Tandas Hotel
Mayat bayi ditemui dalam tandas hotel
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:KUALA LUMPUR 20 Jun - Kes pembuangan bayi telah kerap kali dilaporkan media. Malah ada yang didakwa di mahkamah kerana melakukan jenayah itu.
Namun kes pembuangan bayi terus berlaku dan kali ini tandas sebuah hotel bajet di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini, menjadi sasaran seorang wanita warga Mongolia untuk membuang anaknya.
Bagaimanapun perbuatan suspek berusia 24 tahun itu terbongkar apabila disedari pengunjung hotel yang terlihat bayi tersebut lalu memaklumkan kepada pihak pengurusannya.
Ketika ditemui pada pukul 6.10 pagi, bayi yang dipercayai tidak cukup bulan itu telah meninggal dunia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil maklumat daripada kakitangan hotel berkenaan, pihaknya telah menahan suspek di sebuah bilik di situ.
Katanya, semasa ditahan, suspek dalam keadaan lemah dan tidak berdaya.
"Hasil pemeriksaan, wanita itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dan disyaki memasuki negara ini sejak empat bulan lalu untuk bekerja.
"Dia turut menunjukkan salinan repot mengenai kehilangan dokumennya, Mac lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut manakala mayat bayi itu juga ke hospital sama untuk bedah siasat.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
NgSiokYing U6F/11- Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32
Similar topics
» Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas
» Mayat bayi ditemui berhampiran surau
» Mayat bayi disyaki mangsa dera ditemui
» Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya
» Ketulan janin ditemui dalam mangkuk tandas stesen minyak
» Mayat bayi ditemui berhampiran surau
» Mayat bayi disyaki mangsa dera ditemui
» Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya
» Ketulan janin ditemui dalam mangkuk tandas stesen minyak
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum