PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bayi comel dibuang

2 posters

Go down

Bayi comel dibuang Empty Bayi comel dibuang

Post  ypeng(U6A/10) Sun May 16, 2010 6:58 am

SUNGAI PETANI 14 Mei – Apa lagi yang mampu dikatakan apabila menatap gambar bayi lelaki ini. Raut wajahnya comel. Kulitnya putih melepak. Tapi ada yang tergamak membuang bayi dipercayai baru dilahirkan dua atau tiga hari lalu ini.

Bayi malang ini ditinggalkan di atas lantai beralas tikar di belakang Masjid Jamek Al-Makmur di Taman Makmur, Sungai Lalang, awal pagi ini.

Bagaimanapun, nasib masih menyebelahi insan tidak berdosa itu apabila dia berada dalam keadaan sihat.

Bayi itu ditemui oleh seorang ahli jawatankuasa masjid yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Subuh kira-kira pukul 5.15 pagi.

Ketika ditemui, bayi berkenaan menggigil akibat kesejukan. Dia hanya dibalut dengan sehelai tuala manakala di pusatnya terdapat kesan darah akibat digigit semut. Di sisinya ialah sebotol susu.

Seorang kakitangan masjid itu, Rejab Abd. Razak, 62, berkata, bayi berkenaan ditemui oleh Timbalan Pengerusi masjid, Johari Bidin ketika membuka pintu belakang.

“Sebaik sahaja dimaklumkan, saya terus datang ke sini dan nampak bayi itu menggigil kesejukan. Apabila cuba memegangnya, bayi itu cuba menghisap jari saya mungkin kerana terlalu lapar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Menurut Rejab, dengan bantuan penduduk, mereka segera menggantikan tuala putih yang membalut bayi berkenaan.

“Penduduk juga memberi bayi itu minum susu. Bayi ini sangat comel dan berkulit putih. Saya hairan ada yang tergamak membuangnya,” katanya.

Rejab berkata, seorang lelaki warga emas yang menumpang tidur di masjid ini sejak pukul 10 malam tadi juga tidak menyedari kejadian itu.

“Dia beritahu tidak menyedari orang lain keluar masuk ke dalam masjid. Warga emas itu tidur sejak pukul 12 malam sebelum dikejutkan oleh Johari pagi ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Lalang, Hashim Abdullah, 49, berkata, setelah dimaklumkan mengenai penemuan bayi berkenaan, dia terus menghubungi Balai Polis Bedong.

Menurutnya, polis yang tiba bersama ambulans membawa bayi itu ke Hospital Sultan Abdul Halim kira-kira pukul 7 pagi untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Bayi comel dibuang Empty Re: Bayi comel dibuang

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun May 16, 2010 8:59 am

Kita tahu masalah bayi buangan merebak pada masyarakat kini. Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat hari ini memang nyata. Namun, kita gagal menghalangnya berlaku. Langkah- langkah yang wajar tidak diambil, kebanyakan kita hanya sempat menggeleng kepala dan mengutuk tindakan ibu yang tidak bertanggungjawab itu. Masyarakat kita memandang mereka dengan fikiran negatif . Kejadian buangan bayi sering kali berlaku akibat remaja hari ini yang melakukan seks kebebasan tanpa perkahwinan. Mereka takut dipandang rendah oleh orang lain dan dimarahi oleh keluarga mereka. Justeru itu, mereka memilih untuk elakkan diri daripada menghadapi kenyataan. Ramai kalangan mereka yang tertekan dan mengambil "jalan mudah" dengan membuang bayi mereka merata-rata.

Dosa membuang bayi itu bukan jatuh pada mereka saja. Ia juga akan jatuh pada anggota masyarakat yang hanya tahu mencipta persepsi negatif dan menghukum dengan emosi sahaja.


Mungkin pada masa lepas mereka telah melakukan kesilapan tetapi janganlah kita biarkan mereka terus melakukan kesilapan. Oleh itu, kita wajar memberi mereka ruang dan bimbingan kerana ekoran kejadian bayi buangan yang innocent ialah bayi tersebut!

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum