PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lagi bayi baru lahir dibuang

Go down

Lagi bayi baru lahir dibuang Empty Lagi bayi baru lahir dibuang

Post  ypeng(U6A/10) Wed Aug 11, 2010 2:15 pm

TAMPIN 10 Ogos – Tidak sampai empat jam selepas dilahirkan, seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk, lapar sambil menangis akibat ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan, dekat Gemencheh hari ini.

Amat menyedihkan apabila muka bayi itu terdapat kesan lebam, dipercayai akibat terjatuh. Bayi malang itu ditemui dibalut dengan kain batik kira-kira pukul 7.45 pagi.

Mujurlah hayat bayi itu panjang apabila dia berjaya ditemui dan diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota polis, ketika kedua-dua mereka keluar dari rumah untuk bekerja.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Wooi Hooi Cheng berkata, bayi seberat 2.8 kilogram yang masih bertali pusat itu ditemui ketika pasangan suami isteri tersebut melihat satu bungkusan yang cukup mencurigakan.

“Pasangan berkenaan kemudian menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) untuk memeriksa bungkusan berkenaan.

“Namun mereka terkejut apabila menemui bayi berkenaan yang dipercayai baru dilahirkan kurang dari empat jam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes buang bayi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini apabila tiga kes dikesan semalam. Di Bercham, Perak, mayat seorang bayi yang berusia dua bulan ditemui di tempat pelupusan sampah, semalam.

Dua lagi kes turut dilaporkan di Pulau Pinang dan Segamat, Johor semalam. Di Kompleks Pulau Mutiara, janin lelaki yang dilahirkan tidak cukup bulan ditemui dicampak dalam tong sampah, manakala seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di hadapan rumah seorang warga emas di Pekan Jabi, Segamat.

Sementara itu, Hooi Cheng berkata, bayi berkenaan kemudian dibawa ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapat rawatan lanjut.

Katanya, bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang memerlukan pemeriksaan rapi.

“Sehingga kini, kita dimaklumkan oleh pihak HTJ, bayi berkenaan dalam keadaan stabil meskipun dia mengalami lebam di muka dipercayai akibat terjatuh,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, polis sedang berusaha mengesan individu yang terlibat membuang bayi berkenaan.

Kes ini, katanya, disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum