PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jenayah siber

+10
wonderfoo_99
Jennifer Ong
yuweilim
NCH CHEAN
lim siew yuen
siewMei
vinclam1314
sim
ChanLM
PnLeela
14 posters

Go down

Jenayah siber Empty Jenayah siber

Post  PnLeela Sun Feb 03, 2008 2:31 pm

Pelajar sekalian,

Isu hangat pada masa ini ialah peningkatan jenayah siber.

Anda dikehendaki mencari artikel dalam internet tentang hal ini dan tampalkan pautan tersebut di dalam forum ini untuk rujukan rakan-rakan anda.

Carilah artikel yang memnpunyai kandungan tentang ha-hal berikut:

a. Apa itu jenayah siber?
b. Apakah punca-punca tersebarnya jenayah siber
c. Bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh menangani masalah jenayah siber tersebut.

Selamat Maju Jaya

Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Re: Jenayah siber

Post  ChanLM Tue Feb 05, 2008 11:55 am

1. Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer dalam internet seperti mengeluarkan duit akaun orang lain, membuat jualan atas talian yang palsu, menceroboh sistem syarikat dan lain-lain.

2. Masyarakat sekarang yang suka mudah dan pantas menyebabkan jenayah siber tersebar. Banyak orang membeli barang, jelaskan bil, kirim wang melalui internet. Ini menyebabkan orang yang pandai dalam komputer giat dalam jenayah ini. Selain itu, komputer yang senang diguna setelah banyak perubahan dilakukan ke atasnya juga menyebabkan jenayah siber tersebar. Banyak kemudahan telah ditambah dalam komputer. Ini mendorong ramai orang giat dalam belajar guna komputer sama akan guna ilmu pengetahuan komputer dalam perkara bermanfaat atau jahat.

3. Setiap lapisan masyarakat patut ada pengetahuan komputer yang sepatutnya. Ini membolehkan mereka membezakan antara maklumat yang betul atau salah. Selain itu, pihak yang menjalankan perniagaan melalui internet patut sentiasa memastikan tiada pihak lain yang menggunakan nama syarikat mereka menjalankan jenayah.

bounce

ChanLM

Posts : 8
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Jenayah siber Empty JENAYAH SIBER

Post  sim Tue Feb 05, 2008 2:12 pm

1.Jenayah siber adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

2.Punca utama adalah penjenayah sukar dikenalpastikan,umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Mungkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.Selain itu,sikap manusia juga salah satu punca jenayah siber tersebar,kerana jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai attitude negetif.Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari.Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lengkongan 20 an.Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh.

3.Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer.Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.

cheers

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Bacaan tambahan di internet

Post  PnLeela Tue Feb 05, 2008 4:33 pm

Hi semua,

Jika anda dapat bacaan tambahan seperti ini, sila tampalkan di fourm ini.
Cthnya seperti ini:

1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber
2. http://www.kempen.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=72&Itemid=107&lang=malay

Sila baca bahan-bahan tersebut dan jawab soalan berkaitan

Jumpa lagi

Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Re: Jenayah siber

Post  vinclam1314 Wed Feb 06, 2008 4:31 am

a) Jenayah Siber ialah Jenayah yang dijalankan oleh seseorang untuk menderita atau merugikan orang lain malalui komputer.

B) Sifat Manusia yang tamat dan cepat menguntungi merupakan salah satu punca berlakunya jenayah siber.Seseorang akan cuba mendapat keuntungan dengan masa yang singkat melalui jenayah siber.Selain itu, kekurangan ilmu tentang komputer orang ramai juga menyumbang kepada jenayah siber. Orang yang bermahir tentang komputer akan cuba menggunakan ilmunya untuk merugikan atau menderita orang lain yang kekurangan ilmu tentang komputer.

c)Kerajaan harus menjalan pengajaran komputer kepada pelajar di sekolah. Dengan inilah, pelajar dapat tahu lebih banyak ilmu tentang komputer supaya mereka tidak mudah dijadikan mangsa jenayah siber. Selain itu, pihak polis haruslah menubuhkan satu kumpulan polis untuk menentang jenayah siber dengan ahlinya mahir dengan ilmu pengetahuan komputer. Dengan penubuhan kumpulan anti-jenayah siber, jenayah siber tentu dapat dikurangkan dan dibentangkan dengan lebih efficient.

Selamat Tahun Baru Cina.. makan banyak banyak tikus supaya badan sihat, otak cergas.. pirat

link kepada cara tangani jenayah siber:
cara tangani jenayah siber


Last edited by on Wed Feb 13, 2008 8:38 pm; edited 1 time in total

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Re: Jenayah siber

Post  siewMei Sun Feb 10, 2008 6:19 pm

a)Jenayah siber adalah kegiatan-kegiatan melanggar undang-undang yang dilakukan melalui komputer dan perkhidmatan internet.
b)Antara punca utamanya adalah sifat ketamakan manusia dan keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang cepat dengan menggunakan kaedah alternatif. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata ingin mendapatkan hasil dengan cepat. Selain itu,kekurangan perlindungan dari pihak berkuasa terhadap golongan penjenayah siber ini. Kebanyakan penjenayah siber ini lebih mahir dan berilmu dalam pengendalian komputer berbanding pihak berkuasa. Namun demikian,ilmu pengetahuan orang ramai tentang pengedalian komputer yang cetek juga merupakan salah satu punca.mereka sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber ini kerana mereka tidak ketahui cara-cara mengelak daripada ancaman jenayah siber dan boleh dikatakan mereka mudah terpedaya.
c)Undang-undang dikuatkuasakan,hukuman dan dendaan yang dikenakan ditambah berat. Kerajaan juga boleh mewajibkan pengajaran penggunaan komputer di kalangan pelajar. Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri kelas komputer ini dan mereka diajar tentang ancaman jenayah siber ini. Selain itu,menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pegawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan mereka.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Jenayah Siber

Post  lim siew yuen Tue Feb 12, 2008 5:37 am

(a)Jenayah Siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui internet atau melalui bahan-bahan telekomunikasi.

(b)Bagi saya ibu bapa merupakan punca utama berlakunya jenayah siber.Mereka tidak mengambil masa untuk menemani anak mereka melayari internet dan tidak menyemak mesej-mesej yang diterima atau dihantar oleh anak mereka dengan alasan tidak mahir dlm teknologi ini........ pale Selain daripada ini,mereka juga tidak menjalankan tanggungjawab ibu bapa dengan sempurna.Mereka hanya tahu beri kekayaan kpd anak mereka tetapi telah mengabaikan kefikiran mereka.Mereka yang tidak dapat mengambil perhatian daripada ibu bapanya dan tidak terdapat orang yang boleh bercakap dengannya,barulah mereka melakukan jenayah melalui bahan-bahan telekomunikasi.Dengan fikiran mental yang tidak matang dan kekurangan kefahaman tentang kesilapan yang telah dilakukan,seorang mangsa terancam oleh jenayah siber lagi.................

(c)Untuk menangani jenayah siber ibu bapa perlulah menemani anak mereka semasa mereka melayari internet bukan sahaja mengawasi mereka dan juga mengelakan mereka daripada dibuli oleh pembuli siber!ibu bapa juga memainkan peranan mengajar anak mereka mengamalkan kehidupan sebenar perlu digunakan dalam talian siber kerana mereka perlu mengetahui mengenai bahaya, risiko apa yang mereka lakukan.

lim siew yuen

Posts : 40
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Jenayah siber Empty RE : JENAYAH SIBER

Post  NCH CHEAN Wed Feb 13, 2008 6:15 pm

1) Jenayah siber ialah perbuatan kriminal yang dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap.

2) Kebijaksanaan pencuri maklumat mendapat maklumat daripada kejuruteraan sosial tanpa disedari oleh mereka untuk memperoleh maklumat peribadi mangsa untuk menjalankan penipuan telah mennyebarkan lagi jenayah siber .Di samping itu , kelonggaran undang-undang telah menyebabkan penjenayah siber menjalankan aktiviti mereka dengan sewenang-wenangnya . Masyarakat kini yang mudah tertarik atau dipengaruhi oleh tawaran dan pujukan menyebabkan penjenayah siber menjalankan aktiviti mereka dengan lancar dan memperolehi keuntungan yang besar.Dengan ini , jenayah siber mudah disebarkan demi memperoleh keuntungan yang banyak .

3) Pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal masalah jenayah siber agar penjenayah siber tidak berani menjalankan perbuatan kriminal yang menderitakan mangsa . Selain itu , masyarakat juga harus mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam komputer supaya tidak mudah ditipu oleh pihak lain melalui layaran internet.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Jenayah siber

Post  yuweilim Tue Feb 19, 2008 8:55 am

a) Jenayah siber merangkumi sebarang bentuk ancaman dan serangan yang boleh dikenakan terhadap seseorang pengguna internet melalui pesanan teks,gambar menerusi e-mel,blog,telefon bimbit serta rangkaian web bagi menganggu,memalukan, dan mengugut.

b) Punca-punca berlakunya jenayah siber ialah kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

c) Bagi menangani masalah ini, pihak bank harus mamastikan segala urusan yang disediakan dijamin mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti sijil digital.Sijil ini mampu memastikan setiap pemalsuan laman web dikenal pasti dengan serta-merta.Individu pula perlu ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing.Kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk menentukan komputer kita terjamin selamat dan tidak mengandungi virus dan trojan yang boleh mengancam keselamatan maklumat orang lain.Di pihak kerajaan pula, kerajaan perlu mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal.
Undang-undang siber dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari masa ke semasa mengikut tahap ancaman global yang selalu berubah-ubah.

yuweilim

Posts : 10
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Jenayah siber

Post  Jennifer Ong Tue Feb 19, 2008 4:30 pm

1) Jenayah siber merujuk kepada penyalahgunaan pengetahuan dalam komputer dan internet untuk mencuri, menipu harta benda,
pemalsuan, peras ugut, mengubah data-data syarikat dan lain-lain yang mengakibatkan kerugian dan penderitaan mangsa-mangsa
jenayah siber.

2) Jenayah siber berlaku kerana munculnya Internet sebagai telekomunikasi sedunia di mana maklumat-maklumat yang dipaparkan di berjuta-juta laman web tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun. Tambahan pula, dengan kemudahan ini, penjenayah siber yang tamak ataupun yang berdendam akan melakukan pencurian, pemalsuan data, meletakkan virus dan sebagainya untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang mereka ingini. Kesalahan jenayah ini dimudahkan lagi dengan ramai pengguna internetyang tidak celik komputer dan tidak berhati-hati apabila memberi
maklumat peribadi mereka di internet.

3) Setiap bank harus mempunyai sijil digital sebagai jaminan keselamatan kerana ia mampu memastikan setiap pemalsuan laman web
dikenal pasti dengan serta merta. Selain itu, kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang jeneyah siber yang sedia ada serta memberi hukuman yang lebih berat lagi ke atas penjenayah siber. Di samping itu, satu unit khas yang celik komputer dan berpengetahuan tinggi dalam dunia siber haruslah ditubuhkan untuk menangani penularan jenayah siber dengan lebih berkesan. Kelas komputer juga haruslah diwajibkan di semua sekolah untuk mengajar pelajar tentang pengetahuan komputer serta internet di samping menjelaskan langkah untuk mengelakkan diri pelajar daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Re: Jenayah siber

Post  wonderfoo_99 Wed Feb 20, 2008 9:38 am

1.Jenayah siber ialah seseorang melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang di internet.
2.Punca-punca tersebarnya jenayah siber adalah pengaruhi media massa.Contoh,filem-filem yang mengandungi kandungan yang melakuan jenayah siber. Justeru, kandungan itu dipelajari oleh penonton. Selain itu, ibu bapa yang kurang prihatin terhadap anaknya mengakibatkan berlakunya jenayah siber.
3. Kerajaan harus menetap kan undang-undang untuk menangani jenayah siber. Disamping itu, ibu bapa memeriksa anaknya dan mendidik anak-anaknya agar tidak melakukan jenayah siber.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Re: Jenayah siber

Post  Ang3laWong Wed Feb 20, 2008 11:26 am

1. Jenayah siber adalah sesuatu perkara yang sesiapa saja organisasi kerajaan, swasta serta individu melanggarkan undang undang di internet,contohnya phishing, mencuri maklumat, dan kebocoran data.

2. punca jenayah siber adalah manusia yang tidak sedar apa yang dibuat itu salah atau tidak begitu berfikir secara rasional sebelum berbuat sesuatu. Hakikatnya manusia juga mudah membuat penilaian tanpa apa-apa bukti, tanpa usul periksa. Selain itu,jenayah siber juga berpunca daripada budaya yang begitu lama tertanam dalam masyarakat kita.

3. Langkah pertamanya,kerajaan harus mengadakan kempen sedar diri terhadap jenayah siber.Langkah kedua adalah anggota polis perlu kuasai ICT supaya mereka boleh membendung jenayah di negara ini.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Maklumat mengenai jenayah siber

Post  wenze Wed Feb 27, 2008 9:07 am

Kepada rakan sekalian,maklumat ini adalah didapati daripada internet:~

Klasifikasi Jenayah siber
Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah
1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"

Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Mungkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.
Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.
Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun gagal mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.

Berbeza takrifan jenayah
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.
Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.
Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.
Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.

wenze

Posts : 7
Join date : 2008-01-14

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Jenayah Siber

Post  lingwei Thu Mar 20, 2008 11:40 am

1. Jenayah siber meliputi penggunaan peralatan teknologi maklumat seperti komputer,komunikasi atau rangkaian IP dan multimedia dengan melibatkan kegiatan mencuri identiti penduduk Malaysia(passport & kad pengenalan),transaksi kewangan(mata wang & cek),dan maklumat-maklumat projek-projek pembangunan negara yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian yang banyak terutama daripada transaksi kewangan oleh institusi kewangan.

2. Punca-punca tersebarnya jenayah siber adalah disebabkan penawaran perkhidmatan melalui Internet yang semakin bertambah.Yang diketahui,pihak bank berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan On-line atau lebih dikenali sebagai perbankan Internet dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna.Walaupun pihak bank berkali-kali mengatakan keselamatan menjadi keutamaan mereka,hakikatnya masih ada pengguna yang mengadu kehilangan wang menerusi transaksi yang dijalankan tanpa disedari atas kesilapan yang dilakukan oleh pihak bank.
Selain itu,sikap pengguna yang bersikap malas kini lebih mengutamakan kemudahan atau kepantasan gemar melakukan perkhidmatan melalui Internet.Dengan ini,mereka dapat menjelaskan pelbagai bil,menjalankan pembelian atau menjalankan transaksi wang tanpa keluar dari rumah mereka telah memberi peluang keemasan kepada orang ramai untuk melibatkan diri dalam jenayah siber demi mengaut keuntungan.Oleh itu,laman-laman web kini telah dicipta seolah-olah untuk menghalalkan penipuan.

3. Pihak-pihak tertentu boleh menangani masalah jenayah siber ini dengan memberi perlindungan kepada komputer.Ini membolehkan mekanisma kata laluan terjamin dan menukarkan kata laluan lebih kerap dengan memberi kata laluan yang unik serta cuba elakkan dari menggunakan kata laluan yang menggunakan nama awal dan akhir atau initial.Selain itu,penubuhan dasar dan peraturan keselamatan tapak web juga digalakkan.Dengan ini,dasar keselamatan bertulis disediakan untuk menentukan siapa yang dibenarkan menggunakan sistem ,menentukan tahap pengguna sistem,dan menyediakan prosedur tertentu.Justeru,penggunaan piawaian keselamatan IT demi menyediakan dasar keselamatan IT di mana Jawatankuasa Standard Keselamatan IT Kerajaan(JKSKITK)yang telah ditubuhkan pada 3 Feb 1999 sebagai sumber rujukan untuk piawaian keselamatan IT.

lingwei

Posts : 3
Join date : 2008-03-19

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Jenayah Siber

Post  Ice Thu Mar 20, 2008 4:14 pm

1. Jenayah siber melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.Aktiviti ini dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap.
2. Masyarakat kini suka mudah dan pantas untuk menjelaskan bil,membeli barang akan menyebabkan jenayah siber tersebar.Contohnya,sebahagian orang biasa menempah barang-barang melalui internet,ia mungkin ditipu oleh orang yang cuba menipu melalui internet. Sifat manusia yang tamak dan ingin mencari keuntungan dalam masa yang singkat merupakan salah satu punca berlakunya jenayah siber.Seseorang akan cuba mendapat keuntungan yang lebih banyak melalui internet.Selain itu,pihak-pihak yang tertentu tidak mengamalkan sikap jujur juga ialah salah satu punca daripadanya.Ibu bapa yang sibuk dalam kerjanya akan menyebabkan anaknya kekurangan kasih sayang,oleh itu,anaknya mungkin menyertai kegiatan jenayah siber.
3. Pihak kerajaan boleh meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran.Selain itu, masyarakat kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.

Ice

Posts : 10
Join date : 2008-02-03
Age : 34

Back to top Go down

Jenayah siber Empty Re: Jenayah siber

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum