PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi

3 posters

Go down

Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi Empty Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi

Post  yeow_U6A/2010 Sat May 15, 2010 3:11 am

ANGGOTA polis membawa mayat Kuhesri yang meninggal dunia selepas lehernya terjerut di rumahnya di Taman Tun Sardon, Gelugor, kelmarin.Mayat mangsa ditemui tergantung di kipas siling rumah

GEORGETOWN: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang bermain dengan selendang punjabi, mati terjerut apabila selendang itu tersangkut pada kipas siling rumahnya di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini, malam kelmarin. Mayat N Kusheri yang tergantung di kipas ditemui ibunya dikenali sebagai Jamuna, 30-an, apabila wanita itu memasuki bilik berkenaan sejurus pulang dari kuil kira-kira jam 8 malam. Mangsa dikatakan sering bermain selendang punjabi warna merah jambu miliknya itu. Ketika kejadian, mangsa dikatakan bermain seorang diri.

“Saya tidak menyangka kegemarannya bermain selendang berakhir dengan tragedi. Lebih mengejutkan saya kerana selendang itu terjerut di lehernya,” kata ibunya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Ketika kejadian antara jam 6 petang dan 7.30 malam, mangsa berseorangan di rumah kerana ibunya pergi ke kuil manakala bapanya yang bekerja sebagai juruteknik di Singapura, berada di Johor Bahru.

Datuk dan neneknya yang tinggal bersamanya pula pergi menziarah ahli keluarga lain.
Jamuna berkata, sebaik tiba dari kuil, dia terus memanggil anak sulungnya itu tetapi tidak berjawab.

Berikutan itu, dia masuk ke dalam rumah dan mencari Kuhesri di dalam bilik dan mendapati anaknya tergantung di kipas. Dia terus memotong seledang itu untuk membawa turun anaknya.

“Saya tidak menyangka dia meninggal dunia pada usia yang terlalu muda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata siasatan awal ke atas mayat Kusheri tidak menemui sebarang kesan kecederaan di anggota badan kecuali lebam di leher.

“Polis masih menjalankan siasatan termasuk mendapat keterangan daripada keluarga mangsa dan mengklasfikasikan kes itu sebagai kematian mengejut,” katanya.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi Empty Re: Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi

Post  Khang Wei (U6B/2010) Sat May 15, 2010 12:15 pm

Ini memang tragedi yang sedih. Kejadian ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa, jangan meninggalkan kanak-kanak yang masih kecil berseorangan di rumah. Malang tidak berbau, kemalangan akan berlaku di mana jua. Oleh itu, kepada yang telah menjadi ibu bapa, silalah menjaga anak anda dengan baik. Jangan sesal kemudian. Smile

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi Empty Re: Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi

Post  HsianMin (U6B/2010) Sat May 15, 2010 1:32 pm

Apa yang dikatakan oleh saudara Khang Wei memang betul. Bagi mengelakkan berlakunya tragedi, ibu bapa tidak harus membiarkan anak-anak bermain di luar lingkungan ibu bapa. Biarpun anak sudah belajar di sekolah rendah, tetapi pemikiran mereka masih mentah lagi. Mereka tidak dapat mengenal pasti apakah perbuatan dikatakan berbahaya dan tidak mampu melindungi diri sendiri. Siapa akan terfikir bahawa sehelai selendang yang biasa mampu membawa kematian? Akhir kata, penjagaan ke atas anak yang masih mentah memerlukan perhatian yang sepenuhnya!

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi Empty Re: Budak perempuan maut terjerut selendang punjabi

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum