PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lagi kes pemandu van cabul budak

Go down

Lagi kes pemandu van cabul budak Empty Lagi kes pemandu van cabul budak

Post  ASHLEY L6A/2012 Thu Jun 28, 2012 6:04 pm

KUALA LUMPUR: Belum pun reda kes cabul dan rogol membabitkan murid oleh pemandu bas dan van sekolah di Petaling Jaya minggu lalu, seorang kanak-kanak Taska pula menjadi mangsa terbaru apabila dicabul seorang lelaki pemandu van sekolah di Ampang, dekat sini.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dipercayai menjadi mangsa cabul pemandu van sekolah berusia 20-an itu hujung Jun lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah Taska di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata ibu kanak-kanak itu mengesyaki sesuatu apabila kanak-kanak terbabit sentiasa dalam keadaan muram dan enggan ke Taska.

Katanya, selepas dipujuk beberapa kali oleh ibunya, kanak-kanak itu akhirnya menceritakan perkara sebenar berhubung kejadian terbabit menyebabkan ibu mangsa membuat laporan polis, Sabtu lalu.

“Kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Pada pendapat saya, saya rasa masyarakat sekarang kurang sedar tentang kepentingan keselamatan anak mereka. Mereka harus sentiasa berada di sisi anak mereka untuk menjamin keselamatan mereka. Selian itu, pihak berkaitan seperti polis harus menjalankan tugas mereka dengan lebih baik untuk mengelakkan kes yang sama berlaku lagi. Mereka juga harus bagi hukuman yang berat bagi orang yang membuat salah untuk mengurangkan kes seperti ini. Semua pihak harus menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan masyarakat.

ASHLEY L6A/2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-28

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum