PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lagi kes pemandu van cabul budak

Go down

Lagi kes pemandu van cabul budak Empty Lagi kes pemandu van cabul budak

Post  WAN SEN (U6A) Mon Aug 02, 2010 3:54 pm

KUALA LUMPUR: Belum pun reda kes cabul dan rogol membabitkan murid oleh pemandu bas dan van sekolah di Petaling Jaya minggu lalu, seorang kanak-kanak Taska pula menjadi mangsa terbaru apabila dicabul seorang lelaki pemandu van sekolah di Ampang, dekat sini.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dipercayai menjadi mangsa cabul pemandu van sekolah berusia 20-an itu hujung Jun lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah Taska di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata ibu kanak-kanak itu mengesyaki sesuatu apabila kanak-kanak terbabit sentiasa dalam keadaan muram dan enggan ke Taska.

Katanya, selepas dipujuk beberapa kali oleh ibunya, kanak-kanak itu akhirnya menceritakan perkara sebenar berhubung kejadian terbabit menyebabkan ibu mangsa membuat laporan polis, Sabtu lalu.

“Kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Katanya susulan laporan dibuat ibu mangsa itu, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga pemandu van sekolah itu bagi membantu siasatan.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum