PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Budak kahwin paksa ditemui

Go down

Budak kahwin paksa ditemui Empty Budak kahwin paksa ditemui

Post  ypeng(U6A/10) Sun Mar 14, 2010 7:39 am

KUALA LUMPUR 13 Mac – Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh dan dilarikannya, ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong di sini petang semalam.

Kanak-kanak itu yang dinikahkan dengan Shamsuddin Che Derahman, 41, atau lebih dikenali sebagai Shamsudin Ajaib ditinggalkan oleh ‘suaminya’ itu dalam keadaan separuh sedar di masjid berkenaan kira-kira pukul 4 petang, setelah dua minggu menghilang.

Kanak-kanak itu ditemui oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi ibu kanak-kanak tersebut, Siti Sarnan Mat Ail, 42, di Jelawang, Kelantan.

Siti Sarnan bersama ahli keluarga kemudiannya bergegas ke Kuala Lumpur pagi ini untuk menemui anaknya itu yang sebelum ini bersekolah di Jelawang.

Semasa ditemui Mingguan Malaysia di Hospital Sungai Buloh, di sini petang ini, ibu kepada enam anak itu berkata, sebaik menerima maklumat itu dia terus meminta bantuan saudaranya di Kuala Lumpur.

“Saya juga maklumkan kepada polis yang kemudian membawanya Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Shamsudin Ajaib dikatakan menjadi punca kepada dua kes perkahwinan kanak-kanak perempuan di Kelantan.

Dia yang dikatakan mengetuai sebuah kumpulan tabligh, menggunakan kepandaian memujuk untuk mempengaruhi anggota jemaah pimpinannya menyerahkan anak-anak perempuan untuk dinikahi sesama mereka walaupun berusia di bawah umur.

Shamsudin Ajaib juga dikatakan telah mengatur perkahwinan anak perempuannya yang berusia 10 tahun dengan rakannya yang dikenali sebagai Azhar pada 19 Februari lalu.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum