PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mayat lelaki ditemui dengan torehan di kemaluan

Go down

Mayat lelaki ditemui dengan torehan di kemaluan Empty Mayat lelaki ditemui dengan torehan di kemaluan

Post  LiewJoey(LSB) Tue May 11, 2010 6:00 pm

2010/05/11
IPOH: Polis menemui mayat seorang lelaki dengan kesan torehan di badan, dahi dan kemaluannya di sebuah hotel murah di Pekan Baru di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai B Thangaraja ditemui terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di hotel itu dengan terdapat kesan percikan darah pada dinding bilik berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata mayat mangsa ditemui oleh pekerja hotel yang memasuki bilik itu untuk mengemas dan membersihkannya.
Mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari hotel itu sebelum tengah hari ini.

"Sebaik bilik itu dibuka, pengadu menemui mangsa dalam keadaan terbaring termasuk melihat kesan darah pada dinding. Pengadu terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel yang kemudiannya membuat laporan polis.

"Menurut maklumat awal yang diperolehi, mangsa yang bekerja sebagai pembekal barangan lusuh di Menglembu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin dan keluarganya telah membuat laporan polis," katanya kepada pemberita.

Mohd Dzuraidi berkata, polis juga mengesyaki kes pembunuhan itu berlaku dipercayai bermotifkan dendam dan cemburu.
"Kita mengesyaki perbuatan ini dilakukan lebih daripada seorang suspek kerana selain dibunuh dan dipotong kemaluannya, polis turut mendapati kenderaan mangsa serta dompetnya turut dicuri," katanya.

Beliau berkata, Mangsa yang sudah berkahwin pernah memiliki rekod tangkapan polis.

Katanya, polis masih mengumpul maklumat kejadian termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di hotel berkenaan bagi mengenal pasti individu yang disyaki terbabit.

"Polis juga berusaha untuk mendapatkan keterangan lanjut termasuk daripada saksi kejadian dan keluarga mangsa," katanya. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Mayat lelaki ditemui dengan torehan di kemaluan Empty Re: Mayat lelaki ditemui dengan torehan di kemaluan

Post  LiewJoey(LSB) Tue May 11, 2010 6:04 pm

Betapa motif buruk seseorang dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang sehingga menyebabkan seseorang itu hilang rasional dan nilai yang baik......Jadi sebagai ciptaan tuhan, kita perlu menghargai dan menyayangi segala hidupan yang bernyawa sama juga kepada manusia...

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum