PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mayat lelaki bersubang ditemui terapung di Kedah

Go down

Mayat lelaki bersubang ditemui terapung di Kedah Empty Mayat lelaki bersubang ditemui terapung di Kedah

Post  ypeng(U6A/10) Sun Mar 07, 2010 9:03 am

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran Rumah Pam di Sungai Tajar, Jalan Datuk Kumbar di sini, pagi tadi.

Lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an itu bertubuh gempal, berambut perang paras bahu serta memakai subang pada kedua-dua telinganya dan berantai leher emas.

Terdapat juga tiga gelang getah pada tangannya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, berkata tiada sebarang identiti ditemui pada mayat yang ditemui kira-kira 8.30 pagi.

Polis juga belum dapat mengenal pasti kewarganegaraan lelaki terbabit.

"Ketika dijumpai, mayat itu berkemeja T leher bulat berwarna biru serta berseluar pendek paras lutut berwarna hitam," katanya di sini, hari ini.

Abdul Ghafar berkata, terdapat kesan luka pada tubuh mayat yang belum dikenal pasti puncanya.

"Ia mungkin juga disebabkan gigitan haiwan. Polis hanya boleh mengesahkannya selepas selesai bedah siasat yang dijalankan Hospital Sultanah Bahiyah.

"Berdasarkan kepada keadaan mayat yang berbau dan mengelupas, polis percaya mayat itu sudah terapung di sungai tersebut kira-kira 24 jam sebelum ditemui," katanya.

Abdul Ghafar meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saudara supaya menghubungi polis melalui talian 04-7321222 bagi membantu siasatan dan membuat pengecaman mayat. - Bernama

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum