PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mayat lelaki dengan kesan kelar di tangan ditemui

Go down

Mayat lelaki dengan kesan kelar di tangan ditemui Empty Mayat lelaki dengan kesan kelar di tangan ditemui

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sun Sep 27, 2009 12:18 pm

PULAU PINANG 27 Sept. — Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kelar di tangan kiri di kaki lima sebuah kelab malam di Lebuh Nanning, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritenden Gan Kong Meng berkata, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Mani, 30-an, itu ditemui seorang peniaga kedai minuman berhampiran kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 1.10 petang.
“Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui berlumuran darah dan dia dipercayai mati sejak lapan jam lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati tangan kiri lelaki itu dikelar menggunakan senjata tajam. Bagaimanapun tiada senjata ditemui di tempat kejadian.
Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum