Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya

View previous topic View next topic Go down

Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya

Post  YuLing(L6A/2012) on Tue Jul 31, 2012 2:35 pm

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang besar di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata mayat itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan itu. "Bayi tidak berpakaian itu masih mempunyai tali pusat dan ditemui dalam keadaan mengiring di tebing longkang itu," katanya ketika ditemui.
Mohan berkata, mayat bayi berkulit cerah itu dipercayai diletakkan di lokasi itu dalam tempoh 24 jam lalu dan bukan akibat dihanyutkan arus sungai berdekatan.

"Kami meminta sesiapa yang tahu atau melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan," katanya.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - BERNAMA

Masalah pembuangan bayi semakin serius dalam kalangan masyarakat sekarang.Salah satu faktor kes pembuangan bayi ini berlaku adalah kerana individu tersebut yang kurang didikan agama.Didikan agama amat penting untuk seseorang kerana didikan agama akan mendorong seseorang itu berkelakuan betul apabila mempunyai kepercayaan kepada Tuhan.Hal ini berlaku juga adalah kerana pergaulan bebas yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja.Mereka mambuangkan bayi itu selapas melahirkan bayi kerana mereka tidak hendak bertanggungjawab terhad bayi tersebut.Oleh itu,semua orang haruslah mempunyai kesedaran tentang masalah ini supaya masalah ini dapat ditangani dengan segera.

YuLing(L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-06-26

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum