PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

2 mayat terakhir mangsa perahu naga terbalik ditemui

Go down

2 mayat terakhir mangsa perahu naga terbalik ditemui Empty 2 mayat terakhir mangsa perahu naga terbalik ditemui

Post  Kar Yung (U6A/2010) Tue Jan 19, 2010 6:29 pm

PULAU PINANG, Jan 18 — Dua lagi pelajar yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika perahu naga mereka terbalik di sini semalam ditemui lemas di kawasan perairan dekat pangkalan Tanjung Marina di sini pukul 4.15 tadi.

Mayat Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17, ditemui serentak dan berdekatan antara satu sama lain oleh pasukan mencari dan menyelamat lebih satu kilometer dari tempat kejadian.

Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat berkata, dengan penemuan dua mayat itu, kesemua enam mangsa perahu naga yang terbalik itu telah disahkan mati lemas.

Yang lain ialah guru sekolah, Chin Ai Fang, 28, yang juga penasihat pasukan, serta pelajar Jason Ch'ng, 17, Goh Yi Zhang, 15, dan Bradon Yeoh, 17.

Mayat dua pendayung ditemui masing-masing tengah hari dan pagi tadi.

Mereka adalah antara 18 anggota pasukan perahu naga Sekolah Tinggi Chung Ling di sini yang menjalani latihan mendayung perahu naga bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang di Teluk Bahang pada Julai ini.

Pasukan sekolah itu pernah menjuarai kejohanan lumba perahu naga itu bagi kategori remaja dan belia.

Kejadian itu berlaku 100 meter dari pantai Lebuh Macallum di sini di kawasan yang menjadi tempat pasukan pendayung sekolah berkenaan menjalani latihan mingguan.

Pasukan memulakan latihan pada 8 pagi dan perahu naga mereka terbalik akibat dipukul ombak sebelum berlanggar sebuah tongkang pada pukul 8.45 pagi semalam.

Seramai 12 pelajar lagi terselamat setelah sempat berenang dan dibantu oleh beberapa bot di kawasan berhampiran.

Dalam pada itu, pengurusan Sekolah Tinggi Chung Ling di sini tidak mematuhi sepenuhnya garis panduan keselamaan aktiviti ko-kurikulum yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran, menurut hasil siasatan awal tragedi perahu naga terbalik yang mengorbankan seorang guru dan lima pelajar sekolah itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Ibrahim Mohammad berkata, jabatannya telah mengeluarkan satu garis panduan keselamatan aktiviti ko-kurikulum kepada semua sekolah termasuk mengenakan syarat pengurusan sekolah harus meminta pihak berkuasa membuat pemantauan terhadap langkah-langkah keselamatan pelajar.

“Menurut garis panduan keselamatan yang dikeluarkan, pengurusan sekolah hendaklah memaklumkan kepada pihak keselamatan bagi memastikan aktiviti mereka

mendapat pemantauan keselamatan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, jabatan itu akan menguatkuasakan peraturan iaitu mengenakan syarat kelulusan jabatan terlebih dahulu sebelum sesuatu aktiviti ko-kurikulum luar sekolah boleh diadakan.

Ibrahim berkata, Jabatan Pelajaran tidak menghalang sebarang aktiviti riadah anjuran sekolah asalkan ia tidak menjejaskan pencapaian prestasi akademik.

“Sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai aktiviti sukan air kerana mereka mendakwa mempunyai pelajar yang berkebolehan,” kata beliau.

Katanya, jabatannya telah mengambil maklumat daripada pengurusan sekolah dan siasatan akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum