PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Guru Ditemui Lemas Di Pinggir Pantai

Go down

Guru Ditemui Lemas Di Pinggir Pantai Empty Guru Ditemui Lemas Di Pinggir Pantai

Post  HsianMin (U6B/2010) Fri May 07, 2010 3:37 pm

KANGAR, 7 Mei (Bernama) -- Seorang guru yang dilaporkan hilang ditemui lemas di pinggir pantai Kuala Sungai Baru dekat sini Jumaat.

Mayat Zuki Ibrahim, 40, ditemui 1.25 tengahari selepas gerakan mencari dilakukan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Maritim, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 APMM, Roslan Othman berkata mayat guru sebuah sekolah menengah di kawasan Arau itu ditemui kira-kira enam meter daripada pantai Sungai Baru.

Katanya pihaknya menerima laporan kehilangan itu pukul 10.45 pagi dan melancarkan gerakan mencarinya bersama beberapa agensi lain sehingga mayat itu ditemui pukul 1.25 tengahari.

Isteri mangsa, Noriza Kassim, 37, berkata beliau bergegas ke pantai itu pukul 9 pagi tadi selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) suaminya supaya mengambil kereta yang ditinggalkan di pinggir pantai itu.

Katanya, beliau menemui kereta suaminya jenis Proton Exora serta telefon bimbit namun suaminya telah tiada di situ dan dipercayai lemas di laut.

"Tiada apa perubahan pelik mengenai suami saya, cuma dia menyatakan tidak gembira apabila akan ditukar mengajar di tempat baru," kata Noriza yang juga seorang guru ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritenden Abdul Rahman Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.



-- BERNAMA

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum