PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lelaki cuba elak polis mati lemas

Go down

Lelaki cuba elak polis mati lemas Empty Lelaki cuba elak polis mati lemas

Post  HsianMin (U6B/2010) Fri May 14, 2010 5:26 pm

Suspek nekad terjun bekas lombong

KUALA LUMPUR: Hanya mahu mengelak daripada dicekup polis, seorang penjenayah bertindak nekad terjun ke bekas lombong berhampiran projek perumahan rakyat (PPR) Desa Intan Baiduri, Kepong di sini semalam hingga meragut nyawanya.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sedang melepak bersama lima rakannya ketika cuba ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Jinjang berhubung kes samun di Taman Mastiara, Jalan Ipoh awal bulan lalu.

Terkejut dengan kehadiran anggota polis terbabit, remaja terbabit yang dikenali sebagai Muhammad Khairul atau Pijoi bertindak melarikan diri dengan terjun ke lombong itu hingga menyebabkannya mati lemas.

Berikutan itu, sepasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dipanggil bagi membantu operasi mencari dan menyelamat suspek sebelum mayatnya ditemui kira-kira jam 7.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika mengesahkan kejadian itu, berkata remaja berkenaan adalah suspek utama kes seorang suri rumah berusia 63 tahun disamun dua lelaki bersenjatakan parang pada 9 April lalu.

“Dalam kejadian itu, mangsa (Mary Rose Joseph) dikejar dua lelaki bermotosikal ketika pulang dari berjoging di rumahnya di Taman Mastiara) sebelum salah seorang daripadanya yang bersenjatakan parang memanjat pagar rumah untuk meragut rantai leher mangsa.
“Ia berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu, yang turut disiarkan TV3 pada malam kejadian, menunjukkan mangsa ditolak suspek hingga terjatuh di bawah ampaian sebelum rantai emasnya diragut,” katanya.

Berpandukan kepada rakaman itu, katanya, polis berjaya mengenal pasti identiti kedua-dua suspek, termasuk si mati sebelum melakukan serbuan petang semalam.

“Bagaimanapun, suspek enggan menyerah diri dan bertindak nekad terjun ke lombong itu. Kes suspek diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum