PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lelaki disyak along mati

Go down

Lelaki disyak along mati Empty Lelaki disyak along mati

Post  WAN SEN (U6A) Fri Jan 01, 2010 6:26 am

GEORGETOWN: Seorang lelaki dipercayai ceti haram atau along, meninggal dunia kira-kira lapan jam selepas ditembak di kepalanya di kawasan pangsapuri di Jalan Edgecome di sini, semalam.

Chong Chee Chiat, 25, ditembak seorang lelaki kira-kira jam 6 pagi ketika memandu kereta Suzuki Swift apabila memasuki pekarangan pangsapuri itu dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), jam 2.50 petang.

Difahamkan, mangsa adalah seorang along dan dipercayai mengenali suspek.



Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dihampiri seorang lelaki menunggang motosikal sebaik memberhentikan kereta di pintu pagar automatik pangsapuri berkenaan.

“Sebaik menghampiri kereta mangsa, lelaki itu terus melepaskan satu das tembakan di kepala Chong,” katanya.



Mangsa dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi bagi mengeluarkan peluru.

"Bagaimanapun, lelaki itu meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang," katanya di sini, semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Siasatan awal polis di tempat kejadian menemui satu kelongsong peluru dan mangsa didapati tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Nasir berkata, polis menyiasat dari semua aspek untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Katanya, polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pangsapuri berkenaan bagi membantu siasatan.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Asisten Superintendan Mohd Syukri Mohd Ali di talian 013-8858500 bagi membantu siasatan.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum