PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

12 pantai penyu direzab kepada Jabatan Perikanan

Go down

12 pantai penyu direzab kepada Jabatan Perikanan Empty 12 pantai penyu direzab kepada Jabatan Perikanan

Post  ypeng(U6A/10) Sat Apr 10, 2010 1:44 pm

KEMAMAN 10 April - Dua belas pantai yang menjadi lokasi pendaratan penyu di Terengganu telah dirizab kepada Jabatan Perikanan sebagai usaha menyelamatkan penyu daripada pupus.

Pengarah jabatan itu, Zakaria Ismail berkata, jumlah ini termasuk dua yang diwartakan sebagai pantai santuari penyu iaitu Rantau Abang di Dungun dan Pantai Ma’Daerah di Kemaman.

"Pantai Rantau Abang dan Ma’Daerah kita uruskan sendiri manakala yang lainnya kita serahkan kepada pemajak untuk diuruskan,” katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong pembersihan pantai santuari penyu Ma’Daerah di sini hari ini.

Beliau berkata, pendaratan penyu di Terengganu tahun ini bermula pada Februari dan sehingga hari ini kira-kira 30,000 biji telur telah dikutip untuk dieram bagi tujuan penetasan di kedua-dua santuari penyu berkenaan.

Bagi Pantai Ma’Daerah sahaja, menurut beliau, sebanyak 200 ekor daripada 3,000 anak penyu yang dieram sejak Februari lepas telah menetas dan dilepaskan ke laut.

Beliau berkata, pada tahun lepas, sebanyak 171,343 anak penyu agar dan karah berjaya ditetaskan dan dilepaskan ke laut, daripada hampir 270,000 biji telur yang dieramkan.

"Kita juga berjaya mengeramkan sebanyak 3,375 biji telur tuntung laut tahun lepas dan semua telur berkenaan berjaya menetas,” katanya.

Adalah menjadi hasrat jabatan itu untuk menetaskan telur penyu sebanyak 75 peratus telah dicapai dan pada tahun ini pula pihaknya berharap jumlah itu akan meningkat kepada 80 peratus. - Bernama

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum