PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

44 kes berita palsu, hasutan diserah kepada Jabatan Peguam N

Go down

44 kes berita palsu, hasutan diserah kepada Jabatan Peguam N Empty 44 kes berita palsu, hasutan diserah kepada Jabatan Peguam N

Post  ong poh lee U6B Thu Jul 08, 2010 3:41 pm

KUALA LUMPUR 7 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyelesaikan siasatan 44 kes melibatkan berita palsu, fitnah dan hasutan menerusi akhbar dan Internet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah menyerahkan hasil siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan.

Sehubungan itu katanya, pihak terbabit akan dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin.

"Ini isyarat awal oleh kerajaan supaya pihak media tidak keterlaluan dalam memainkan sesuatu isu sehingga berani menempelak undang-undang di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menasihati pengamal media supaya tidak merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat dengan menyiarkan cerita yang direka-reka dan tidak benar.

Sebelum itu, Rais menyampaikan ceramah bertajuk 'Memperkasa Penghayatan 1Malaysia' pada majlis Jelajah Isu Bil 2/2010 anjuran kementerian itu di Kompleks Kraf, Jalan Conlay yang dihadiri 500 kakitangan daripada 18 jabatan di bawah kementerian itu.

Rais berkata, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas mereka yang melemparkan tohmahan mengikut undang-undang sedia ada.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak akan berdiam diri. Sesiapa sahaja boleh didakwa atas kesalahan melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sebagainya," katanya.

Beliau juga menggesa semua agensi di bawah kementerian itu supaya mewujudkan lebih banyak program berkaitan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi meningkatkan pemahaman rakyat mengenainya.

Katanya, memandangkan RMK-10 baru diumumkan maka tahap pemahaman rakyat khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar mengenai rancangan kerajaan masih di tahap yang rendah.

Jelas Rais, kakitangan kementerian perlu memahami fakta berkaitan rancangan itu dengan lebih jelas untuk disampaikan kepada rakyat.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum