PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sindiket jual dokumen palsu tumpas

Go down

Sindiket jual dokumen palsu tumpas Empty Sindiket jual dokumen palsu tumpas

Post  ong poh lee U6B Thu Apr 08, 2010 12:54 pm

MELAKA 8 April - Polis berjaya mematahkan kegiatan sindiket membuat, mencetak dan menjual dokumen palsu kepada orang ramai dalam satu serbuan di sebuah kedai percetakan di Jasin, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Supt. Sum Chang Keong berkata, dokumen palsu itu ialah cukai jalan dan lesen memandu kenderaan, sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pas letak kereta Majlis Perbandaran Jasin.

Dokumen palsu lain ialah sijil perakuan pendaftaran kontraktor bumiputera, penyata bank, sijil persekolahan dan duti setem, katanya di sini, hari ini.

Sum berkata, dalam serbuan pukul 4 petang itu, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun dan kini dia direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, polis turut merampas peralatan seperti komputer, mesin pencetak dan telefon bimbit.

Siasatan awal mendapati kegiatan itu dijalankan sejak dua tahun lepas melibatkan ramai pelanggan yang kebanyakannya dari negeri ini, katanya.

Katanya lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 468 akta sama kerana memalsukan dokumen dengan niat untuk menipu, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda. - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum