PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wujudkan Piagam Hijau

Go down

Wujudkan Piagam Hijau Empty Wujudkan Piagam Hijau

Post  keat sin (U6A) Wed Apr 28, 2010 11:45 am

PUTRAJAYA 27 April - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyarankan agar diwujudkan Piagam Hijau Rakyat Malaysia bagi mewujudkan komitmen jitu di kalangan semua pihak untuk memelihara alam sekitar.

Bekas Perdana Menteri berkata, piagam itu perlu kerana isu alam sekitar berkait rapat dengan usaha mewujudkan kualiti hidup yang mapan pada masa depan.

''Untuk itu, satu perbincangan perlu diadakan dengan pelbagai pihak yang berkaitan.

''Ia bagi melahirkan prinsip-prinsip yang dapat dimasukkan dalam piagam itu agar menjadi satu pegangan kepada kualiti hidup yang mapan," katanya.

Beliau yang juga Penasihat Landskap Malaysia berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan Forum Hijau Malaysia (MGF) 2010 di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas.

Hadir sama ialah Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Forum dua hari sejak semalam itu dianjurkan bersama oleh Landskap Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Perbadanan Putrajaya.

Ia disertai 450 wakil sektor awam dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik.

Abdullah percaya kerajaan akan memberi sokongan dan pengiktirafan kepada piagam terbabit kerana ia selaras dengan dasar pemerintah masa kini.

Malah, katanya, piagam tersebut diwujudkan atas aspirasi rakyat negara ini yang kini rata-rata prihatin tentang isu alam sekitar.

''Kita boleh serahkan piagam itu kepada kerajaan dan mungkin pihak kerajaan mempunyai cadangan tertentu yang boleh dimasukkan ke dalam piagam itu," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum