PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Teknologi hijau, tenaga solar tumpuan Malaysia

Go down

Teknologi hijau, tenaga solar tumpuan Malaysia Empty Teknologi hijau, tenaga solar tumpuan Malaysia

Post  keat sin (U6A) Fri Apr 16, 2010 11:20 am

WASHINGTON 15 April - Malaysia mempelawa firma Amerika Syarikat (AS) yang terkedepan dalam teknologi hijau dan boleh diperbaharui supaya melabur di Malaysia kerana ia menjadi sasaran pertumbuhan ekonomi negara.

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pelawaan itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan: Peluang Pelaburan di AS, yang dihadiri peneraju perdagangan dan perniagaan tempatan di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh Dewan Perniagaan AS (USCC).

Perdana Menteri memberitahu, Malaysia memiliki infrastruktur dan kemudahan sokongan yang perlu untuk menarik pelaburan dalam projek-projek penjanaan tenaga solar.

"Lebih daripada itu, iklim Malaysia amat sesuai untuk pembangunan tenaga solar bagi memenuhi peningkatan permintaan peringkat dunia terhadap tenaga boleh diperbaharui," katanya.

Galakan pelaburan dalam bidang tersebut, jelas Najib, selari dengan komitmen Malaysia ke arah memperbaiki kualiti alam sekitar seperti yang dinyatakannya pada Persidangan Perubahan Iklim di Copenhagen tahun lepas.

Malaysia akan mengurangkan 40 peratus pencemaran wasap karbon menjelang tahun 2020.

Selain bidang tersebut, sektor pembuatan yang diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia ialah industri aeroangkasa, elektronik, bioteknologi, peralatan perubatan dan industri farmaseutikal.

"Kami juga menggalakkan sektor perkhidmatan seperti logistik, kemudahan tenaga, penerbitan filem dan penyiaran, hotel dan pelancongan, serta pengurusan alam sekitar," jelas beliau.

Sempena majlis tersebut, Najib turut menyaksikan dua memorandum perjanjian (MOA) dimeterai antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Stevens Institute of Technology (SIT) di New Jersey; serta antara syarikat Malaysia, HeiTech Padu Bhd. dan Microsoft Corporation.

MOA antara UKM dan SIT berkaitan pengkormersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam pembangunan guna tenaga manusia manakala MOA antara Microsoft dan HeiTech pula mengenai bidang kesihatan.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum