PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RMK-10 terus beri tumpuan kepada penyediaan prasarana

Go down

RMK-10 terus beri tumpuan kepada penyediaan prasarana Empty RMK-10 terus beri tumpuan kepada penyediaan prasarana

Post  keat sin (U6A) Thu Jun 10, 2010 9:53 am

KUALA LUMPUR 10 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan terus memberi tumpuan kepada penyediaan prasarana untuk menyokong pertumbuhan negara, di samping memastikan kesejahteraan segenap lapisan rakyat.

Beliau berkata, pelaksanaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri.

Usaha ini, katanya, akan dilengkapi dengan Jalur Lebar untuk orang awam yang akan memberi liputan ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar.

Bagi penduduk di luar bandar, perkhidmatan rangkaian akses kepada jalur lebar akan disediakan melalui prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan yang pelbagai, ujar beliau.

Perdana Menteri berkata demikian semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata, pembangunan rangkaian pengangkutan multimodal yang lebih luas dan efisien juga diperlukan untuk menyokong pertumbuhan negara.

Antara projek utama yang sedang dilaksanakan, termasuk Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu dalam Fasa 2, yang akan disiapkan dalam tempoh RMK-10, dengan kos keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion, katanya.

Menurut beliau, lebuh raya tersebut juga akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

Ini, tegasnya. akan menyumbang kepada pertumbuhan di pantai timur, di samping meningkatkan jalan raya ke pedalaman, seperti jalan raya menghubungkan Kuala Lipis ke Cameron Highland dan dari Jerantut ke Sungai Lembing.

Selain itu, Perdana Menteri menjelaskan, projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Bahru, dengan kos anggaran sebanyak RM8 bilion, akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Bahru di selatan.

Projek lain pula melibatkan loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment Plant) yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negara, katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

RMK-10 terus beri tumpuan kepada penyediaan prasarana Empty Usaha tambah baik sistem pengangkutan awam negara

Post  keat sin (U6A) Thu Jun 10, 2010 9:55 am

KUALA LUMPUR 10 Jun – Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang memberi keutamaan kepada usaha penambahbaikan sistem pengangkutan awam dalam negara.

Dalam hal ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditubuhkan sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab bagi merancang, mengawal selia dan menguatkuasa sistem serta operasi pengangkutan awam darat.

SPAD bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan awam yang selamat, anjal dan dengan tambang yang berpatutan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam, katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, selaras dengan pendekatan utama yang diberi kepada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) “Greater Kuala Lumpur”, kerajaan akan memperkemas lagi juraian dan rangkaian perhubungan awam di Kuala Lumpur dengan pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi.

“Saya percaya projek ini merupakan satu lagi ikon kepada ibu negara kita dan akan memberi impak yang meluas dan “spillover” kepada rangkaian perniagaan berkaitan.

“Apabila siap kelak, sistem yang bersepadu ini dijangka meliputi kawasan dalam lingkungan 20km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan landasan sepanjang lebih kurang 150km yang membolehkan dua juta perjalanan sehari berbanding dengan 480,000 perjalanan bagi sistem pengangkutan bandar masa kini,” jelas Najib.

Pembinaan terminal bas dan rel seperti Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak juga akan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perjalanan pengangkutan awam, katanya.

Langkah-langkah ini dijangka akan meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala Lumpur, iaitu daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015, katanya lagi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, usaha mempertingkatkan sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain.

“Untuk tujuan ini, sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, manakala bilangan bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang, untuk menampung 26 laluan dengan penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari,” umum beliau.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum