PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

[b]Iceland terus digegar letusan[/b]

Go down

[b]Iceland terus digegar letusan[/b] Empty [b]Iceland terus digegar letusan[/b]

Post  Seow Ping U6B'10 Tue Apr 20, 2010 5:19 pm

KREW filem bagi penerbitan National Geographic membuat penggambaran di atas glasier Eyjafjallajokull di Iceland, dekat dengan gunung berapi yang meletus, kelmarin. - AP

REYKJAVIK 19 April - Kawasan luar bandar Iceland digegarkan semalam dengan gegaran-gegaran kuat daripada gunung berapi Eyjafjallajokull, yang terus menghamburkan abu yang menyebabkan berpuluh ribu penerbangan di seluruh Eropah dibatalkan.

Ibu negara, Reykjavik dan pusat-pusat penempatan lain terselamat daripada pencemaran tersebut apabila kepulan abu dari Eyjafjallajokull bergerak ke tenggara menghala ke benua Eropah, tetapi peladang dan ternakan di Iceland terpaksa berlindung di dalam bangunan apabila kawasan sekitar diselubungi abu.

"Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan masyarakat peladang di kawasan terlibat dapat mengharungi bencana ini," kata Presiden Iceland, Olafur Grimsson kepada Reuters Television.

Beliau mengakui sukar untuk mentaksirkan kesan bencana itu terhadap sektor pelancongan di negara ini, yang baru hendak pulih daripada kemelesetan ekonomi buruk, tetapi kejadian baru-baru ini meletakkan Iceland di mata dunia dan ini boleh menarik lebih ramai pelancong.

Pejabat Meteorologi Iceland melaporkan, gegaran-gegaran daripada gunung berapi itu kini semakin kuat tetapi kepulan abu tebal yang diletuskannya reda sedikit kepada ketinggian antara 4 hingga 5 kilometer berbanding setinggi 11 kilometer apabila ia mula meletus awal minggu lepas.

"Kita menyaksikan isyarat bercampur-campur. Ada tanda-tanda menunjukkan letusan akan reda, tetapi ada tanda lain menunjukkan keadaan sebaliknya," kata pakar geofizik di Pejabat Meteorologi, Einar Kjartansson.

Letusan itu berlaku di bawah glasier Eyjafjallajokull, lazimnya kawasan popular di kalangan pengembara yang gemar berjalan kaki, kira-kira 120 kilometer ke tenggara ibu negara, Reykjavik.

Kjartansson percaya gunung berapi tersebut telah mencairkan kira-kira 10 peratus daripada glasier tetapi proses pencairan mungkin bertambah perlahan dalam tempoh beberapa jam lalu.

Bagaimanapun perkembangan itu tidak bermakna benua Eropah akan menyaksikan berkurangnya kepulan abu yang menyesakkan atmosfera dengan zarah-zarah kaca dan batu hancur yang mengancam pesawat-pesawat jet.

Glasier di atas gunung berapi itu hanya setebal kira-kira 200 meter, lebih nipis daripada kebanyakan glasier di atas gunung berapi lain yang meletus dalam tempoh kebelakangan ini.

Tempoh berbulan-bulan lagi mungkin diperlukan untuk gunung berapi itu mencairkan seluruh glasier, sehingga wap dan abu bertukar menjadi lahar, jelas beliau. -

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

[b]Iceland terus digegar letusan[/b] Empty Re: [b]Iceland terus digegar letusan[/b]

Post  Seow Ping U6B'10 Tue Apr 20, 2010 5:39 pm

Gegaran gunung berapi di Iceland dijangka akan berlaku lagi. Akibatnya, seluruh dunia akan mengalami ketegangan terutamanya rakyat Iceland tidak mendapat bekalan makanan yang mencukupi disebabkan toksik-toksik bahan letusan dan ramai orang tidak dapat pulang ke negara sendiri disebabkan abu-abu yang mengganggu penerbangan. Adakah bencana alam ini akan mendatangkan hancuran yang luar jangkaan kepada seluruh dunia Question

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum