Kesan Letusan Gunung Berapi Di Iceland

View previous topic View next topic Go down

Kesan Letusan Gunung Berapi Di Iceland

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Wed May 05, 2010 12:44 pm

Umum mengetahui Eropah kini di landa bencana debu hasil letusan gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland yang semakin tebal sehingga memenuhi ruang udara negara itu serta sebelah barat Eropah hingga Rusia. Tiupan angin pula memburukkan lagi keadaan apabila ia merebak sehingga ke utara Eropah.

Di sebalik bencana ini, tahukah anda kesannya kepada manusia dan alam sekitar? Jom kita terjah kesannya..

1. Penerbangan di batalkan.

* Penerbangan terpaksa di batalkan atas faktor keselamatan. Ini adalah bagi mengelakan berlakunya pelanggaran sesama pesawat. Asap gunung berapi juga akan memberi kesan kepada enjin pesawat.


2. Gelap dan sejuk


* Cuaca sekitar Eropah menjadi gelap dan sejuk. Kumpulan awan berdebu melindungi dan memantulkan cahaya matahari ke angkasa daripada sampai ke daratan.


3. Rantaian makanan terjejas


* Haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup. Ketiadaan cahaya matahari memungkinkan haiwan ternakan dan tanaman kebuluran.


4. Kesihatan terjejas


* Kesihatan manusia akan terjejas apabila terdedah kepada bahan kimia yang di sebarkan melalui asap gunung berapi itu.


5. Banjir

* Letusan gunung berapi menyebabkan ais mula mencair. Ini menyebabkan paras air sungai naik dan menyebabkan banjir.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum