PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Industri automotif terus berkembang

Go down

Industri automotif terus berkembang Empty Industri automotif terus berkembang

Post  ypeng(U6A/10) Fri Mar 19, 2010 2:47 pm

KUALA LUMPUR 18 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak optimis industri automotif negara akan terus berkembang pada tahun ini sejajar dengan pertumbuhan positif keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang diunjurkan antara lima hingga enam peratus.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan hubungan langsung yang wujud antara pertumbuhan industri automotif dengan KDNK.

"Jika kadar pertumbuhan ekonomi berada di tahap yang sihat maka lazimnya ia ada kaitan langsung dengan prestasi industri automotif.

"Kalau tahun ini kita unjurkan ekonomi berkembang antara lima hingga enam peratus, saya percaya sektor automotif akan dapat mencapai kadar pertumbuhan yang sihat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bilik pameran Audi Kuala Lumpur dan melancarkan kereta Audi R8V10, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi DRB-HICOM, Datuk Syed Mohammad Syed Murtaza dan Pengarah Urusan DRB-HICOM merangkap Pengerusi Euromobil, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menyeru syarikat Malaysia mencontohi Audi yang memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk mengembangkan perniagaannya.

Katanya, beliau juga amat menghargai mana-mana organisasi yang menggubal semula model perniagaannya untuk memastikan mereka kekal relevan dalam dunia yang semakin kompetitif.

"Dalam hal ini, saya menyeru kaedah ini yang memanfaatkan inovasi, kreativiti dan ciptaan semula diikuti oleh semua syarikat Malaysia.

"Ia merupakan satu pelajaran berguna untuk industri teknologi, pengilangan mahupun logistik dan perkhidmatan tempatan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri turut mengalu-alukan penubuhan Kolej Automotif Antarabangsa oleh DRB-HICOM di Pekan, Pahang.

Katanya, penubuhan kolej itu diharap dapat melahirkan tenaga kerja pakar yang akan membantu pertubuhan industri automotif negara.

Kolej berkenaan akan memulakan operasi pada 28 Mac ini dengan pengambilan kumpulan pelajar seramai 80 orang.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum