PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021

4 posters

Go down

Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021 Empty Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021

Post  xiaowen_U6B Tue May 04, 2010 4:16 pm

KUALA LUMPUR: Loji tenaga nuklear pertama di negara ini dijangka memulakan operasi pada 2021, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, kementeriannya diberi kebenaran oleh Majlis Ekonomi untuk mula mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan loji berkenaan. "Apabila tapak dikenal pasti, kita akan memulakan perundingan dengan mereka yang berkepentingan," katanya kepada pemberita selepas satu persidangan di sini hari ini.

Chin yang enggan menyatakan lokasi dan jumlah kuasa yang akan dikeluarkan, berkata loji nuklear itu perlu dibina di kawasan yang mempunyai permintaan tenaga yang tinggi dan mempunyai jangka hayat antara 50 dan 70 tahun.

"Pembinaan loji pertama memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Kita perlu melihat aspek keselamatan, sumber manusia dan lokasi," katanya.

Namun, katanya, keputusan akhir sama ada loji dibina tertakluk kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, manakala penyedia teknologi adalah dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun.

Chin juga berkata, loji nuklear diperlukan bagi memenuhi peningkatan permintaan negara untuk tenaga disebabkan perindustrian dan bagi memastikan jaminan tenaga.
"Kita perlu melihat kepada jaminan tenaga. Tidak ada negara yang boleh maju tanpa tenaga, tiada keluaran dalam negara kasar boleh berkembang tanpa tenaga.

"Tenaga nuklear adalah satu-satunya opsyen berdaya maju ke arah keperluan tenaga jangka panjang. Campuran generasi tenaga kita agak tidak kurang memuaskan pada masa ini kerana menggunakan terlalu banyak gas dan arang batu," katanya.

Ditanya mengenai kosnya, Chin berkata: "Ia adalah projek yang agak mahal tetapi kita tidak mempunyai pilihan daripada membina lebih banyak loji kuasa arang batu atau gas yang akan menelan belanja lebih lagi di masa depan."

Chin juga berkata, negara memerlukan 20 peratus rizab tenaga dengan penggunaan tenaga semasa ialah 14,000 megawatt dan mempunyai kapasiti 23,000 megawatt. - Bernama

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021 Empty KEBAIKAN TENAGA NUKLEAR

Post  Kar Yung (U6A/2010) Tue May 04, 2010 6:36 pm

1.Sebagai Sumber Tenaga Penting Untuk Perindustrian
2..Tenaga Nuklear adalah sumber tenaga yang penting untuk negara-negara perindustrian moden terutamanya negara-negara yang kekurangan sumber-sumber semula jadi seperti arang kayu dan minyak.
3.Penting Dalam Menjanakan Tenaga Elektrik
-Hal ini demikian kerana tenaga nuklear membebaskan tenaga yang banyak.
4.Penting Kepada Operasi Kapal Selam
-Hal ini demikian kerana kapal selam beroperasi di bawah laut untuk masa yang lama.
5.Penting Dalam Operasi Kapal Angkasa
6.Penting sebagai Unit Pemanasan Radioisotop dan berfungsi untuk memanaskan bahagian-bahagian tertentu dalam alat-alat kapal angkasa supaya ia dapat berfungsi pada suhu yang rendah walaupun berada di kapal angkasa yang bersuhu rendah.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021 Empty Re: Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021

Post  Khang Wei (U6B/2010) Wed May 05, 2010 12:00 pm

Penggunaan tenaga nuklear dalam negara kita merupakan langkah yang drastik.
Penjanaan tenaga nuklear dari loji-loji nuklear sebagai tenaga alternatif serta mesra alam telah diguna dengan meluas di negara-negara maju.
Tenaga nuklear adalah beberapa kali ganda efektif berbanding dengan tenaga fosil yang digunakan oleh Malaysia sebagai tenaga alternatif.
Dengan pembinaan loji nuklear, bermakna negara Malaysia akan menjejak ke arah negara maju. Isu ini ditimbulkan sejak beberapa tahun yang lalu disebabkan kenaikan harga petrolium yang tidak munasabah yang akan membebankan perbelanjaan negara kita yang bergantung pada tenaga fosil ini.
Oleh sebab itu, peningkatan penggunaan teknik nuklear dalam berbagai bidang strategik seperti kesihatan, pertanian, ketenteraan dan penyelidikan berprestasi tinggi telah mengubah senario tersebut.
Diharapkan negara kita dapat memajukan lagi. Very Happy

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021 Empty Re: Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed May 05, 2010 12:22 pm

Walaupun loji nuklear ini dapat membekalkan tenaga yang banyak, namun kos pembaikian dan pembinaan loji ini juga memakan modal yang besar. Selain itu, cara-cara untuk mengurus bahan-bahan buangan radioaktif perlu dilakukan secara berhati-hati. Ini disebabakan satu kesilapan boleh meninggalkan impak yang besar terhadap alam dan manusia. Tambahan pula, negara kita masih kekurangan pakar-pakar dalam bidang nuklear ini. Akhir sekali, negara kita masih wujud sumber tenaga lain seperti tenaga solar yang boleh dibangunkan.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021 Empty Re: Loji nuklear pertama negara dijangka mula beroperasi 2021

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum