Dr Mahathir setuju loji nuklear hanya untuk tujuan perubatan

View previous topic View next topic Go down

Dr Mahathir setuju loji nuklear hanya untuk tujuan perubatan

Post  ZiAmUn(U6A/'10) on Fri May 14, 2010 6:48 pm

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata secara peribadi beliau menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia kecuali untuk tujuan perubatan.

"Secara peribadi, saya membantah pembinaan loji nuklear atau sebarang perkara yang melibatkan nuklear kecuali untuk kegunaan perubatan kerana saintis masih belum memahami kuasa bahan nuklear," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata keputusan tersebut perlu dibuat dengan teliti kerana sekiranya uranium atau bahan berkaitannya telah diaktifkan ia sukar untuk dihentikan dan akan menimbulkan masalah pengurusan sisa nuklear di seluruh dunia.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan meluluskan pembinaan sebuah loji tenaga nuklear yang dijangka beroperasi pada 2021 selepas mengadakan sidang media mengenai penghantaran bantuan kemanusian oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Pada 4 Mei lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, mengumumkan bahawa kementeriannya telah diberikan kebenaran oleh Majlis Ekonomi untuk mula mengenal pasti tapak yang sesuai untuk loji tenaga nuklear pertama negara yang bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat di negara ini, serta bagi memastikan bekalan tenaga mencukupi.

Dr Mahathir berkata, keputusan membina loji nuklear perlu difikirkan secara mendalam, sehingga saintis mula memahami kaedah sains dalam pengaktifan uranium.

Selain itu, katanya, untuk memastikan pembinaan tenaga nuklear selamat untuk semua, satu kajian khusus perlu diadakan terlebih dahulu sebelum keputusan membinanya dibuat.
"Sehingga kita faham mengenai ilmu mengaktifkan uranium, saya fikir kita tidak harus menggunakannya. Itu pandangan saya tapi sudah tentu jika kerajaan mahu menggunakannya, jadi saya tak dapat menghentikannya," katanya.

Dr Mahathir berkata, semasa di bawah pentadbirannya, beliau telah memastikan tiada pembinaan loji tenaga nuklear boleh dibina di negara ini. - Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Dr Mahathir setuju loji nuklear hanya untuk tujuan perubatan

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Fri May 14, 2010 8:58 pm

Penjanaan tenaga nuklear adalah berapa kali ganda lebih efisien daripada tenaga fosil serta tenaga hidroelektrik kini. Untuk menampung keperluan penduduk negara yang kian menambah kini, negara tidak sepatutnya membina lebih banyak empangan untuk penjanaan hidroelektrik. Sebaliknya kerajaan boleh memilih untuk membina loji nuklear yang tidak membawa kemusnahan flora dan fauna yang banyak.
Namun, kerajaan juga harus menerima pandangan Tun Mahathir supaya berfikir dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui apakah kesan pembinaan loji nuklear.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum