PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

+17
SenHan_U6F
Ultima Lucifer
szejiengoo (U6F)
PnLeela
wendy
Ngo Yong Hui (L6A/2008)
hawjiun
bee happy
NCH CHEAN
wonderfoo_99
sc_kwan
Jennifer Ong
weichian_89
siewMei
vinclam1314
HappeeSim
sim
21 posters

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  vinclam1314 Thu Apr 24, 2008 12:21 pm

ya.. saya juga tidak setuju dengan cadangan kakak boon.. dasar ini pernah dilaksanakan tetapi telah gagal seperti yang kakak chian telah katakan... selain itu, dasar ini mungkin akan meningkatkan lagi kadar jenayah di negara kita... ini adalah kerana terdapat banyak jenayah tidak mampu membeli rokok dan mereka kemungkinan besar akan menjalankan jenayah untuk mendapatkan duit untuk membeli rokok... selain itu, ini juga akan menggalakkan pengimportan rokok haram ke negara kita... dan rokok yang membahaya mungkin akan memasuki pasaran rokok juga... Mad

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  siewMei Wed May 07, 2008 6:05 am

Betul cakap kakak chian dan abang wai,saya sangat setuju dengan pendapat tentang kenaikan harga sekotak rokok.. Melihat keadaan kini,saya rasa kita masih tidak dapat mencari satu jalan penyelesaian yang berkesan.. Contohnya,keburukan merokok telah diterapkan ka dalam topic pembelajaran kita(hari itu kan sekolah kita mempunyai satu ceramah daripada en.morthy tentang kesan daripada merokok),namun masih terdapat pelajar yang merokok.. salah satu sebab adalah pengaruh rakan sebaya dan pelajar kini tidak dapat menahan sifat keinginan mereka mencuba benda yang baru,mereka tidak mempunyai semangat yang kental terhadap rokok..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty RE: pemuda bawah 18 sekarang merokok.

Post  NCH CHEAN Mon May 26, 2008 3:37 pm

Tabiat merokok adalah memudaratkan kesihatan kita .Pihak kerajaan telah melakukan beberapa tindakan agar tabiat tersebut dapat dibendung .Namun terdapat juga sesetengah orang masih lagi terpengaruh terhadap tabiat tersebut dan merokok.Hal yang semakin teruk sekarang ialah pemuda yang di bawah 18 tahun telah menghidapi tabiat merokok. Hal sebegini seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak.Langkah yang boleh diambil ialah pihak kerajaan boleh mengadakan kempen yang mengatakan keburukan merokok dan menunjukkan foto-foto kesan daripada merokok kepada perokok agar mereka akan sedar bahawa merokok akan memudaratkan kesihatan mereka.Di samping itu, pihak sekolah juga harus mengetatkan peraturan sekolah dan mendenda mereka yang merokok.Pihak kerajaan juga boleh mengarahkan penjual rokok meningkatkan harga rokok.Ini akan menyebabkan sesetengah perokok mengurangkan kali mereka merokok sebab harga rokok yang tinggi .

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  vinclam1314 Mon May 26, 2008 8:28 pm

Ya.. Saya pernah melihat berita yang mengatakan mungkin rokok akan dijual dalam bilangan yang fix bagi semua bungkusan (sekarang terdapat bungkusan yang mempunayi bilangan rokok yang berbeza ) dan harganya akan meningkat lagi..Selain itu, saya bercadang bahawa kerajaan haruslah cuba membentuk peraturan / akta / ordinan yang menyebabkan semua restaurant mesti menyediakan kawasan yang hanya perokok makan dan kawasan yang hanya bukan perokok makan.. Ini dapat mengelakkan semua rakyat bukan perokok dapat dibendungkan daripada asap yang dikeluarkan oleh perokok.. Asap mereka sangat dibencikan lah.. makan pun boleh hidu.. hari saya pergi minum di sesuatu restaurant.. terdapat banyak perokok dan saya menghidu asap mereka lebih banyak daripada menghidu gas oksigen!!! busuk teruk.. biarkan mereka yang merokok duduk segelempok dan hidu asap orang lain.. biarkanlah mereka tahu sesakan orang yang bukan perokok!! saya berasa peraturan / akta / ordinan ini dapat mengurangkan niat perokok yang baik hati supaya tidak merokok di tempat / kawasan pemakanan..dan mungkin akan mengurangkan niat mereka merokok di tempat awam juga..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  siewMei Tue May 27, 2008 5:52 pm

oooo...di sesetengah tempat di kl kini sedang melaksanakan peraturan yang telah disebut oleh abang tohwai. Tahun lalu semasa datuk saya meninggal dunia,hal-hal pengebumiannya diurus oleh syarikat nirvana dan di sana,saya dapat lihat mereka telah menyediakan satu bilik khas untuk perokok. Orang yang ingin merokok hanya bolah meroko dalam bilik itu dan jika mereka didapti merokok di tempat lain,staf di sana akan memberi amaran kepada mereka. Saya rasa aturan sebegini agak bagus kerana orang ramai tidak lagi begitu mudah terdedah kepada asap rokok yang merbahaya ini.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  Jennifer Ong Wed May 28, 2008 6:04 pm

Langkah untuk mencegah penambahan perokok tidak akan membuahkan hasil dalam sekelip mata sahaja. Oleh itu, saya berpendapat bahawa semua cara yang dibincangkan di atas contohnya meletakkan gambar dan menaikkan harga boleh dijalankan pada masa yang sama supaya boleh memberi kesan ke atas rakyat dalam jangka masa yang panjang.
Ibu bapa juga haruslah memberi contoh yang baik dengan tidak merokok supaya pelajar-pelajar tidak akan terdedah dengan tabiat ini.
selain itu, sekolah juga boleh meletakkan alarm untuk kesan asap pada tempat tersembunyi untuk mengesan asap rokok dalam tandas yang merupakan hotspot pelajar untuk merokok.
Tayangan televisyen juga haruslah mengelakkan daripada meletakkan adegan merokok dalam wayang mereka.

Saya percaya dengan kerjasama daripada semua pihak, bilangan perokok pasti akan berkurangan.

p/s: Kenaikan harga rokok yang mendadak mungkin akan menyebabkan kenaikan kes jenayah sosial. Orang yang ketagih rokok yang tidak mampu membeli rokok akan cuba merompak dan mencuri untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli rokok.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  bee happy Thu May 29, 2008 7:28 am

ya..saya setuju dengan jennifer....pada pendapat saya,saya rasa sekiranya mahu menghalang pemuda hari ini daripada merokok,selain daripada kerjasama kerajaan,pihak sekolah dan ibu bapa,pemuda sendirilah yang harus menyedari kelakuan mereka yang amat buruk ini.
Hanya dengan kesedaran dirilah,mereka boleh keluar dari tabiat merokok ini.Mereka perlu mengenali mereka dahulu dan menentukan masa depan mereka sendiri.Sekiranya mereka yang matang pemikiran,mereka akan mempunyai masa depan yang cerah iaitu tidak terlibat dalam tabiat merokok.manakala bagi mereka yang ingin menghadap masa depan yang mempunyai pelbagai penyakit,kesusahan hidup kerana ketidakcukupi wang..mereka pula terus merokok..dan memusnahkan kehidupan mereka sendiri...

bagi mereka yang telah menjerumus dalam tabiat merokok ini,mereka masih tidak terlambat...mereka boleh mengatasinya!
salah satu cara ialah mereka menggantikan rokok dengan makanan ringan seperti gula getah...dengan ini,mereka dapat menghilangkan keinginan merokok....
seterusnya mereka boleh menghadiri diri ke kegiatan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau sekolah...dengan ini,mereka tidak akan memikir akan rokok...

bee happy

Posts : 9
Join date : 2008-04-20

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  vinclam1314 Fri May 30, 2008 6:20 pm

Ya... cara yang disampaikan oleh kakak Bee amat bagus.. saya juga terdapat beberapa kawan yang ingin menahan tabiat merokok.. mereka menggunakan gula untuk menggantikan rokok.. tetapi... akhirnya.. mereka merokok balik juga... Crying or Very sad tetapi, saya berasa seseorang juga boleh menggunakan gula untuk menggantikan rokok untuk membuangkan tabiat merokok..saya berasa kawan saya tidak mempunyai ketabahan dan inilah punca dia tidak dapat membuangkan tabiat merokok itu.. jadi, teruskanlah, jika boleh...

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  siewMei Mon Jun 02, 2008 6:00 pm

bolehkah cara ini berkesan?menggantikan gula dengan rokok? Shocked Pdaa pandangan saya,kedua-dua rasa ini tidak sama lah,satu manis dan rokok,tak tau rasanya lah kerana tidak pernah cuba tapi saya rasa bukan manis..jadi,bolehkah perokok menahan ketagihan mereka terhadap rokok dengan memakan gula-gula? scratch Jika terlampau banyak gula-gula dimakannya akan menghadapi penyakit seperti diabetes..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  vinclam1314 Wed Jun 04, 2008 11:09 pm

haha.. saya tidak tahu tentang kekesanannya.. kerana.. kawan saya yang mengatakan dia bercuba begini ( saya juga pernah nampak ) tetapi.. pada akhirnya dia kalah.. merokok juga.. kerana sudah patah dengan teman wanitanya.. haha.. sebagai kesimpulannya, saya tidak dapat melihat keputusan itu-tetapi dia memang sudah kurang merokok semasa dia cuba menggantikan rokok dengan gula..

Ketagihan rokok adalah disebabkan oleh satu bahan kimia yang akan menyebabkan perokok berasa sangat 'gembira'.. apabila mereka berasa sebegini, ketagihan bermula.. mereka asyik mahu cari balik 'kegembiraan' itu.. oleh itu, mereka merokok lagi.. lama-kelamaan, apabila ketagihan sudah terjadi, mereka terpaksa merokok untuk mengekalkan kegembiraan itu kerana badan mereka sudah tidak boleh mengeluarkan kegembiraan itu secara semula jadi lagi..
<jika saya tersalah, sila beritahu saya, terima kasih>

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:30 am

SURAT Kempen sia-sia jika perokok tak insaf


IDEA mewujudkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada asalnya dipelopori negara yang menjadi ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1987. Sambutannya pula diadakan di negara yang mengambil bahagian secara serentak pada 31 Mei setiap tahun.

Pada 2008, Kerajaan Malaysia melakar satu lagi sejarah dalam perjuangannya menghapuskan budaya tidak sihat ini. Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2008 membuahkan hasil agak berbeza dengan sambutan sebelumnya.

Seperti yang diisytiharkan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, semua jualan rokok di pasaran tempatan wajib mempunyai amaran bergambar mengenai bahaya merokok melitupi 40 peratus bahagian depan dan 60 peratus bahagian belakang, yang dicetak pada setiap kotak rokok berada di pasaran.



Peraturan ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Kaedah ini diamalkan beberapa negara, termasuk Singapura dan ia didapati sedikit sebanyak memberi impak kepada golongan sasaran mahu pun masyarakat umum.

Sempena sambutannya pada tahun ini juga, Kementerian Kesihatan turut memperkenalkan beberapa langkah proaktif lain seperti mengharamkan gimik iklan yang mengelirukan ('lite', 'ultra lite', 'mild', 'low tar') pada kotak rokok.

Selain mengumumkan semua pusat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai zon larangan merokok, kementerian turut melarang bentuk promosi jualan rokok seperti potongan harga, selain pemberian hadiah seperti pemetik api atau sebagainya bersama belian rokok.

Komitmen ditunjukkan oleh kementerian itu adalah satu lagi penzahiran iltizam membasmi budaya tidak sihat ini selaras dengan peranan negara selaku anggota Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC).

Setiap tahun, kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi berusaha untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya rokok. Kenaikan kadar cukai setiap tahun, pengisytiharan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman rokok, mewartakan zon larangan merokok terutama membabitkan tempat awam, pengenalan ubat terapi gantian nikotin dan pembukaan klinik berhenti merokok.

Ia adalah langkah yang diambil untuk membantu mereka yang terjebak ke dalam aktiviti ini, juga bagi memupuk rasa benci dan 'Tak Nak' di kalangan generasi muda terutama pelajar. Semuanya ini memerlukan kerjasama dan komitmen segenap anggota masyarakat bagi merealisasikan matlamat murni kerajaan.

Merokok sememangnya diketahui memainkan peranan hebat dalam proses berlakunya gejala kardiovaskular, angin ahmar, barah paru-paru dan punca kepada kecacatan janin dalam kandungan. Kesan kotor nikotin pada gigi dan kuku perokok juga sukar ditanggalkan.

Jika ingin disenaraikan organ yang berpotensi menghidap kanser kerana amalan merokok, ia adalah banyak bermula daripada kepala hingga ke hujung kaki. Kandungan rokok berpotensi menyebabkan kerosakan gen pada kromosom yang seterusnya menyebabkan sel badan tumbuh mengikut kadar tidak terkawal, tidak mengikut aturan dan bentuk yang sepatutnya.

Namun, apa juga peraturan yang diperkenalkan atau tindakan yang bakal dikenakan kerajaan atau maklumat berbentuk pendidikan baik yang memberi ganjaran dan tawaran gembira atau berita yang menakutkan, semuanya itu akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna sekiranya masyarakat masih lagi mengatakan 'Nak' kepada merokok.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:31 am

CITRA Sihat: Ibu bapa perokok bahayakan anak
Oleh Hidayah Mohammad

Kanak-kanak hidu asap daripada nikotin turut terima kesan sampingan

HARI demi hari, bulan demi bulan malah tahun demi tahun, kempen hindari rokok aktif dipergiatkan di seluruh dunia. Tidak hairanlah wujudnya Hari Tanpa Tembakau Sedunia diadakan setiap tahun bagi membantu mengurangkan penyakit berbahaya akibat merokok.

Daripada 1.25 bilion perokok seluruh dunia, terdapat lima juta perokok di Malaysia. Dari jumlah itu, dianggarkan seramai 10.3 peratus adalah wanita sementara 47.5 peratus lagi adalah perokok lelaki yang juga terdiri daripada golongan bapa.



Perokok yang juga tergolong dalam status ibu atau bapa secara tidak langsung membawa tabiat rokok berkenaan kepada bayi atau anak mereka. Anak mereka yang berada berhampiran dan menyedut asap rokok hembusan ibu atau bapa mereka sekali gus adalah perokok pasif.

Merokok bukan saja menjejaskan kesihatan diri, tetapi juga menjejaskan kesihatan orang lain yang turut menyedut asap rokok secara pasif. Kajian menunjukkan perokok pasif juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit barah, jantung dan strok.

Dianggarkan kira-kira 700 juta kanak-kanak iaitu separuh daripada jumlah kanak-kanak di seluruh dunia bernafas dalam asap pencemaran yang disebabkan oleh rokok, terutama di rumah mereka.

Timbalan Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata kanak-kanak lazimnya mempunyai antibodi lemah dan ini memudahkan mereka mendapat penyakit berbahaya iaitu punca daripada ibu bapa yang aktif merokok.

“Kanak-kanak yang berada di sekeliling bapa merokok menghidu asap gabungan asap aliran sisi dan asap aliran utama yang dihembus keluar. Asap berkenaan juga boleh menyebabkan penyakit barah, penyakit pada saluran darah dan jantung serta paru-paru.

“Perokok aktif yang menghembuskan asap rokok yang dikelilingi anak-anak kecil adalah seperti ‘tidak menyayangi darah daging sendiri’. Ini adalah kerana asap yang disedut anak kecil yang kekurangan antibodi mampu menyebabkan penyakit bahaya dan mengundang kematian,” katanya ketika ditemui pada bengkel pendidikan Hari Tanpa Tembakau 2008 bersama media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Sallehudin berkata, bapa yang menghembuskan asap rokok yang mengandungi nikotin tinggi ketika isteri mengandung, semestinya memberi implikasi besar terhadap anak mereka. Sebelum lahir lagi, bayi berkenaan sudah mendapat kesan nikotin.

Katanya, kesannya bukan saja dari segi jangka masa pendek malah ia turut membawa kepada kesan masa panjang.

“Sekiranya bapa merokok ketika isteri mengandung berpotensi membantutkan tumbesaran anak yang bakal dilahirkan. Kesan yang boleh dilihat berdasarkan ibu bapa yang merokok ialah bayi yang dilahirkan lebih kecil saiznya daripada bayi normal.

“Malah berat bayi yang lahir juga terjejas iaitu kurang daripada 2.5 kilogram (kg) daripada saiz bayi normal. Bayi baru lahir akibat menghidu asap rokok sejak dalam kandungan juga boleh mengalami kedut pada badan dan tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata, jangan terkejut sekiranya mendapati bayi mereka menjadi sumbing selepas dilahirkan. Untuk kesan jangka panjang pula, minda si kecil boleh terjejas apabila keceriaan mereka terbatas kerana timbul masalah sakit seperti batuk, selsema dan virus. Akibat dari itu juga, kanak-kanak berpotensi menghidap lelah, mengalami kecacatan dan juga barah.

Dr Sallehudin berkata, tabiat merokok juga secara tidak langsung seperti mengajak anak mereka merokok bersama. Kanak-kanak yang sudah mula melihat dan dalam proses pembelajaran dan mengenal dunia mudah mengikut jejak langkah orang yang dekat dengan sekeliling mereka.

“Tidak mustahil, sebelum meningkat remaja, mereka akan cuba melakukan perkara sama dengan mula belajar menghisap rokok seawal darjah lima atau enam. Apabila mereka menghidap rokok, ia sukar dikesan kerana tidak melakukannya di depan ibu bapa tetapi secara sorok-sorok dan dilakukan bersama rakan.

“Antara kesan lain yang dapat dilihat, kanak-kanak yang dipengaruhi ibu bapa mereka dan terjerumus dalam kancah tidak sihat itu sekali gus boleh mengundang pelbagai masalah lain membabitkan rakan sebaya. Rakan yang tidak dipengaruhi ibu bapa tetapi dipengaruhi rakan lain untuk terbabit dalam menghisap rokok secara tidak langsung meningkatkan jumlah perokok,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan menjelang 2030, kematian akibat merokok menjangkau kepada 10 juta setahun iaitu tidak kurang 27,000 kematian setiap hari atau lebih 2,000 kematian setiap sejam dan satu kematian setiap tiga saat.

Kandungan asap rokok ialah lebih 4,000 bahan kimia termasuk 60 bahan karsinogen, 200 bahan toksik, bahan iritan dan dadah nikotin.

Jika tren merokok berterusan, seramai 500 juta manusia yang hidup sekarang dijangka akan mati akibat tabiat berkenan. Seramai 250 juta kematian berlaku di kalangan perokok sekarang sementara 250 juta lagi adalah di kalangan kanak-kanak yang bakal menjadi perokok bila mereka dewasa kelak.

Beliau berkata, sekiranya amalan merokok tidak dihentikan segera ia mampu mengundang bencana pada gaya hidup tidak sihat pada masa depan kanak-kanak. Bapa ataupun lelaki yang sudah memiliki cucu tidak seharusnya menunjukkan contoh tidak bermoral di depan kanak-kanak kerana ia adalah pengaruh besar atau ‘tiket’ kepada mereka mencuba dan terus mengamalkannya

Merokok samalah seperti membunuh diri dan keluarga secara perlahan-lahan. Rokok bukan keperluan asas kerana ia sememangnya tiada manfaat kepada manusia baik fizikal, mental mahupun sosial. Lebih teruk lagi, ia hanya mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan, ekonomi, sosial dan alam sekitar.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:33 am

Remaja wanita merokok meningkat
Oleh Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR: Belia wanita yang merokok semakin meningkat di negara ini dan ramai yang berjinak dengan tabiat kurang sihat itu seawal usia 13 tahun.

Penyiasat Penilaian Dasar Kawalan Tembakau Antarabangsa (ITC) bagi Malaysia, Dr Maizurah Omar, berkata kajian yang dijalankan juga menyaksikan kira-kira lapan peratus daripada wanita muda berusia antara 13 hingga 25 tahun di negara ini adalah perokok tegar, manakala 40 peratus adalah perokok pasif (bukan perokok tetapi terdedah kepada asap rokok).

"Kajian yang dijalankan terhadap 3,000 perokok wanita oleh Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga menunjukkan 19 peratus remaja perempuan dan wanita muda di Malaysia pernah mencuba merokok.



"Berdasarkan kepada perkembangan semasa iaitu wanita mengalami perubahan budaya, jumlah mereka yang merokok dijangka terus meningkat drastik. Begitu juga dengan perokok pasif di kalangan wanita akan terus meningkat," katanya kepada Berita Harian.

Laporan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.61 juta perokok lelaki atau 95.6 peratus dan 120,000 perokok wanita (4.4 peratus).

Dr Maizurah berkata, bilangan perokok remaja perempuan dijangka menyamai jumlah perokok remaja lelaki dalam tempoh di antara 10 hingga 20 tahun jika aliran semasa perokok golongan muda gagal dibendung.

Lebih membimbangkan, katanya, wanita Malaysia adalah perokok paling tinggi iaitu 11.2 peratus berbanding golongan wanita di negara Asean lain.

Beliau berkata, negara Asean lain mencatatkan kadar merokok rendah di kalangan wanita muda berbanding Malaysia seperti Singapura dan Filipina hanya mencatatkan 8.8 peratus, manakala Thailand dan Myanmar pula lima peratus, Indonesia (2.3 peratus), Vietnam (1.9 peratus), Kemboja (1.0 peratus) serta Laos (0.8 peratus).

Beliau yang mengalu-alukan langkah kerajaan mewajibkan amaran bergambar pada setiap kotak rokok, bagaimanapun berkata, secara keseluruhan, pemantauan terhadap larangan merokok di tempat tertentu seperti hospital, terminal dan sebagainya sangat kurang.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:34 am

Rokok punca mati muda
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
Kajian meramalkan lebih 36 bilion penduduk dunia mati muda akibat penyakit kronik menjelang 2015

PENYAKIT yang ‘menyerang’ manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.

Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai ‘kronik’ berikutan ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain.



Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai ‘penyakit kronik tidak berjangkit’ (CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardiovaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser.

Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60 peratus kematian di seluruh dunia.

“Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44 peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda; jumlah kematian keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk HIV/AIDS, tibi dan malaria,” katanya.

Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian rakyatnya yang disebabkan penyakit kronik berkenaan.

“Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion penduduk seluruh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun, malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015,” katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut itu ditubuhkan pada 1 Mac lalu.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.

“Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek farmaseutikal,” katanya.

Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok, justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu mengatasi penularan penyakit berkenaan.

“Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada merokok dari 2004 hingga 2007.

“Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung, kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira 12,800) yang berpunca daripada merokok,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok dapat dihenti atau dikurangkan.

“Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18 tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus.

“Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu. Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan pengaruh iklan syarikat rokok,” katanya.

Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.

“Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok,” katanya.

Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.

Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global antaranya kualiti dalam sistem penjagaan kesihatan; kajian penyakit dan kaedah kawalan, pembangunan teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan impak globalisasi terhadap kesihatan.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  wonderfoo_99 Mon Jun 09, 2008 10:35 am

SURAT Kempen larangan merokok kena lebih tegas


LEBIH empat juta penduduk dunia mati setiap tahun disebabkan merokok. Berikutan fenomena ini, kerajaan memperkenalkan pelbagai cara untuk masyarakat menghindari tabiat merokok.

Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara kita, membawa kepada usaha kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak Merokok pada 2004.

Namun kesedaran di kalangan masyarakat agak mengecewakan terutama di kalangan golongan terpelajar dan profesional.



Pada pemerhatian saya di Bangunan Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ada papan tanda larangan merokok di setiap tingkat bangunan mahkamah, peguam mahupun orang ramai masih bersikap acuh tak acuh mengenai larangan itu.

Sekiranya golongan profesional ini tidak ambil peduli dengan larangan berkenaan, apatah lagi masyarakat yang berulang alik ke mahkamah.

Sehubungan itu, agensi yang menguatkuasakan larangan merokok perlu melaksanakan penguatkuasaan. Sebagai pengajaran, bukan saja hukuman kes jenayah dipaparkan malah hukuman dan denda bagi kes merokok di tempat larangan juga perlu dihebahkan.

Marilah kita sama-sama menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat umum untuk membentuk masyarakat yang sihat tanpa rokok.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  siewMei Thu Jun 12, 2008 11:43 am

ooo...rupa-rupanya gambar yang menunjukkan akibat merokok hanya akan dikuatkuasakan pada jan tahun hadapan,agak lama juga dari sekarang..
hmm...adakah jika surat kempen larangan merokok dijalankan dengan lebih tegas akan memberi kesan yang lebih merangsangkan? saya rasa tidak kerana sudah berbulan-bulan malah bertahun-tahun kerajaan mengadakan kempen sedemikian di tempat awam,namun,bilangan peroko masih lagi tinggi dan kini lebih banyak remaja perempuan yang melibatkan diri mereka dalam dunia rokok(seperti yang disebut dalam keratan akhbar yang disumbangkan oleh abang wengfoo).

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  hawjiun Sat Jun 14, 2008 10:28 am

siewMei wrote:ooo...rupa-rupanya gambar yang menunjukkan akibat merokok hanya akan dikuatkuasakan pada jan tahun hadapan,agak lama juga dari sekarang..
hmm...adakah jika surat kempen larangan merokok dijalankan dengan lebih tegas akan memberi kesan yang lebih merangsangkan? saya rasa tidak kerana sudah berbulan-bulan malah bertahun-tahun kerajaan mengadakan kempen sedemikian di tempat awam,namun,bilangan peroko masih lagi tinggi dan kini lebih banyak remaja perempuan yang melibatkan diri mereka dalam dunia rokok(seperti yang disebut dalam keratan akhbar yang disumbangkan oleh abang wengfoo).

Saya bersetuju dengan kakak siewmei. Pelbagai kempen telah dijalankan dan pihak kerajaan juga menerbitkan filem tentang bahaya akibat merokok.Namun, bilangan perokok masih tidak menurun. termasuk ayah saya juga seorang perokok. silent silent Saya juga mengetahui bahawa terdapat segelintir menyeludup rokok dari negara jiran seperti indonesia dengan jenama "Gudang Garam". Kebanyakkan pekerja ayah saya suka membeli jenama rokok ini. Saya bertanya mereka kenapa anda suka jenama rokok ini ? mereka berkata bahawa bukan kita suka jenama ini, sebab kita pilih jenama ini adalah kerana ia amat murah berbanding dengan jenama rokok lain seperti Dunhill. Jikalau kerajaan tidak menaikkan harga rokok, mereka akan memilih jenama dunhill.[kononnya mereka berkata kerana dunhill mempunyai komposisi ganja yang lebih banyak berbanding dengan jenama lain.] Justeru, saya berasa sekiranya kerajaan mempunyai niat untuk mengurangkan bilangan perokok, maka menjadikan rokok sebagai barang haram dengan serta-merta. Razz Razz

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  siewMei Fri Jun 20, 2008 12:07 pm

ya,menjadikan rokok sebagai barang haram boleh ditimbangkan,kerana tanpa rokok maka tiada perokok dalam negara. namun,saya percaya terdapat segelintir juga oang yang masih akan merokok..
saya mempunyai satu soalan..
jika seperti yang dikatakan oleh abang hawjiun iaitu menjadikan rokok sebagai barang haram,adakah tindakan ini menjejaskan ekonomi negara kita kerana negara kita mempunyai perniagaan jual beli rokok dengan negara luar kan?

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  Jennifer Ong Fri Jun 20, 2008 1:00 pm

ya, ini akan menjejaskan ekonomi negara kita jika kita mengharamkan rokok di negara kita. Akan tetapi, pada pendapat saya, jika kita masih membiarkan perkara ini berlanjutan, ekonomi negara kita masih akan terjejas kerana negara kita akan penuh dengan perokok yang mungkin telah menghadapi penyakit-penyakit kronik. Mereka juga akan menjejaskan ekonomi negara kerana bagi kakitangan awam, kerajaan terpaksa membiayai kos perubatan mereka. tambahan pula, dengan adanya mereka yang berpenyakit ini, ramai akan menganggur, dan ini pula akan mengakibatkan banyak keluarga yang terseksa kerana ketua keluarga yang selalunya bekerja untuk menampung keluarga telah jatuh sakit dan keluarga tersebut akan terkejut dan tidak berdaya untuk menyara sendiri untuk satu jangka masa. Di samping itu, gejala sosial juga akan meningkat kerana mereka terpaksa mencari jalan mudah untuk ,menyara diri dan membeli rokok. Banyak masalah kekeluargaan dan keganasan dalam keluarga juga akan berlaku.

Oleh itu, BERFIKIRLAH DAHULU SEBELUM MEROKOK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  hawjiun Fri Jun 20, 2008 4:03 pm

Jennifer Ong wrote:ya, ini akan menjejaskan ekonomi negara kita jika kita mengharamkan rokok di negara kita. Akan tetapi, pada pendapat saya, jika kita masih membiarkan perkara ini berlanjutan, ekonomi negara kita masih akan terjejas kerana negara kita akan penuh dengan perokok yang mungkin telah menghadapi penyakit-penyakit kronik. Mereka juga akan menjejaskan ekonomi negara kerana bagi kakitangan awam, kerajaan terpaksa membiayai kos perubatan mereka. tambahan pula, dengan adanya mereka yang berpenyakit ini, ramai akan menganggur, dan ini pula akan mengakibatkan banyak keluarga yang terseksa kerana ketua keluarga yang selalunya bekerja untuk menampung keluarga telah jatuh sakit dan keluarga tersebut akan terkejut dan tidak berdaya untuk menyara sendiri untuk satu jangka masa. Di samping itu, gejala sosial juga akan meningkat kerana mereka terpaksa mencari jalan mudah untuk ,menyara diri dan membeli rokok. Banyak masalah kekeluargaan dan keganasan dalam keluarga juga akan berlaku.

Oleh itu, BERFIKIRLAH DAHULU SEBELUM MEROKOK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saya bersetuju dengan pandangan kakak jennifer. Sebenarnya, membuang tabiat merokok amatlah sukar bagi seseorang yang yang telah merokok selama 10 tahun atau selebihnya. Namun, sekiranya mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk membuang tabiat merokok, saya percaya mereka boleh berjaya untuk membuangkannya. Di pasaran sekarang, perokok boleh membeli nicotine pad. Nicotine pad ini adalah sesuatu yang berupakan seperti plaster. Fungsinya ialah melekat pada badan perokok apabila perokok tidak ingin merokok. Ini kerana nicotine merupakan komponen yang membolehkan seseorang ketagihan. Nicotine di nicotine pad akan meresap ke dalam badan kita melalui resapan di kulit kita.Maka,nicotine akan memasuki ke badan peroko dan mengawal ketagihannya.Justeru, penggunaan nicotine pad ini sememangnya membolehkan perokok kurang berokok. Sedangkan ia senang didapati di farmasi-farmasi yang berdekatan di rumah anda. Apakah pendapat anda Question Question

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  vinclam1314 Fri Jun 20, 2008 4:11 pm

hal ini amat menyenorokkan, akan tetapi, berapakah harganya, adakah ia mempunyai effect sampingan? adakah ia akan menjejaskan kesihatan kita dan mungkinkah ia mengakibatkan ketagihan yang baru?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  hawjiun Fri Jun 20, 2008 4:16 pm

vinclam1314 wrote:hal ini amat menyenorokkan, akan tetapi, berapakah harganya, adakah ia mempunyai effect sampingan? adakah ia akan menjejaskan kesihatan kita dan mungkinkah ia mengakibatkan ketagihan yang baru?

Mengenai tentang harga nicotine pad itu, saya tidak pasti tentang harganya. Tetapi abang tohwai boleh pergi ke farmasi-farmasi yang berdekatan untuk maklumat lanjut. Penggunaan nicotine pad ini sememangnya tidak mengakibatkan ketagihan yang baru dan tiada kesan sampingan. Pad ini hanya sementara sahaja. ia boleh menahan ketagihan pada perokok itu sahaja. Wink

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  siewMei Sun Jun 22, 2008 3:27 pm

wah...pasaran sekarang terdapat benda ini,memang menarik lah.. haha.. Very Happy agak berguna juga nicotine pad ini bagi perokok yang ingin membuang tabiat merokok mereka.. sini terdapat sedikit maklumat yang ingin saya kongsi dengan kawan-kawan sekalian tentang nicotine pad ini tapi ia dalam english,harap maaf ya..
http://www.healthsquare.com/newrx/nic1292.htm

Akan tetapi,saya berpendapat walaupun nicotine pad ini mempunyai kebaikan dalam membantu perokok membuang tabiat merokok,namun adakah ia akan membahayakan kita jika terlampau kerap seseorang itu menggunanya? sebab saya lihat maklumat ini dari link yang saya bagi di atas,ia tulis begini:

What side effects may occur?
Side effects cannot be anticipated. If any develop or change in intensity, inform your doctor as soon as possible. Only your doctor can determine if it is safe for you to continue using nicotine patches.

More common side effects may include:
Dizziness, high blood pressure, itching and burning at the application site, nausea, redness of the skin

--------------------------------------------------------------------------------

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  hawjiun Sun Jun 22, 2008 3:40 pm

siewMei wrote:wah...pasaran sekarang terdapat benda ini,memang menarik lah.. haha.. Very Happy agak berguna juga nicotine pad ini bagi perokok yang ingin membuang tabiat merokok mereka.. sini terdapat sedikit maklumat yang ingin saya kongsi dengan kawan-kawan sekalian tentang nicotine pad ini tapi ia dalam english,harap maaf ya..
http://www.healthsquare.com/newrx/nic1292.htm

Akan tetapi,saya berpendapat walaupun nicotine pad ini mempunyai kebaikan dalam membantu perokok membuang tabiat merokok,namun adakah ia akan membahayakan kita jika terlampau kerap seseorang itu menggunanya? sebab saya lihat maklumat ini dari link yang saya bagi di atas,ia tulis begini:

What side effects may occur?
Side effects cannot be anticipated. If any develop or change in intensity, inform your doctor as soon as possible. Only your doctor can determine if it is safe for you to continue using nicotine patches.

More common side effects may include:
Dizziness, high blood pressure, itching and burning at the application site, nausea, redness of the skin

--------------------------------------------------------------------------------

Oh... Rupa-rupanya nicotine pad ini juga mempunyai kesan sampingan kepada seseorang. Seseorang ingin membuang tabiat merokok tetapi membawa kepada kesan sampingannya. Orang itu sememangnya ditakdirkan tabiat merokoknya tidak boleh dibuangkan. Razz Razz Selain penggunaan nicotine pad apakah kaedah yang lain boleh digunakan supaya tabiat merokok boleh dikurangkan Question Apakah pandangan kalian Question

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  weichian_89 Mon Jun 23, 2008 1:40 pm

saya tidak rasa begitu,tabiat rokok memanglah dapat dibuang jika terdapat hati yang tegas,jika seseorang itu telah memutus keputusan untuk membuang tabiat rokok,pastilah dia berjaya.sebagai contoh,dulu ayah saya juga merupakan seorang perokok,tetapi sejak dia membuat keputusan meninggalkan rokok.akhirnya dia berjaya lakukan juga,hingga kini dia tidak lagi mengambil rokok lagi.oleh itu.hati tegas bagi seorang adalah penting jika hendak membuang tabiat rokok. Very Happy

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

pemuda bawah 18 rokok sekarang!!! - Page 2 Empty Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum