Pemerdagangan orang

View previous topic View next topic Go down

Pemerdagangan orang

Post  CikguPA on Sat Oct 29, 2011 1:29 pm

Pemerdagangan orang

“pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini; ’; dan

Penyeludupan Migran

“penyeludupan migran” ertinya:

(a) mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; dan

(b) merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a);'.


Bentuk-bentuk Pemerdagangan orang dan penyeludupan migran

hospital-swasta-jual-bayi Salah satu mangsa pemerdagangan bayi

• Eksploitasi Seks
Eksploitasi seks adalah jenayah paling kerap berlaku dalam pemerdagangan orang. Mangsa biasanya dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan dan dibawa masuk secara sah ataupun diseludup secara haram. Namun akhirnya, mangsa ditipu dan dipaksa melacurkan diri. Mereka dikawal dengan ketat dan seringkali turut terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

• Buruh Terikat
Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji.

• Pengabdian Domestik Secara Paksa
Mangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja yang lain. Migran asing, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. Wanita diarah bekerja sebagai pembantu rumah dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Malaysia.

• Permindahan Organ
Pemindahan organ merupakan salah satu dari aktiviti pemerdagangan orang. Organ kebanyakannya diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang
diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap.

• Pemerdagangan Bayi
Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,000 seorang). Bayi yang diperdagangangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan sindiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama ILO telah mengadakan simposium untuk mewujudkan kesedaran dan sasaran mereka untuk majikan-majikan yang menyediakan pekerjaan kepada pekerja-pekerja asing. Pada tahun 2008, pemeriksaan telah dilakukan ke atas 50,518 majikan dan sebanyak 15,376 majikan beserta pekerja asing mereka yang terlibat. Tindakan telah diambil untuk menguatkan lagi proses dan prosedur pengambilan pekerja-pekerja asing dan untuk mengurangkan permintaan terhdap pekerja asing ini.

Sumber daripada : Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Disember 2010

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran

Post  CikguPA on Sat Oct 29, 2011 1:34 pm


1. LATARBELAKANG

Akta Antipemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan di Parlimen pada 24 April 2007 dan telah dikuatkuasakan sepenuhnya pada 28 Februari 2008. Pada 3 Ogos 2010, Parlimen telah meluluskan cadangan Kerajaan untuk meminda Akta ini bagi memasukkan kesalahan berhubung penyeludupan migran selain daripada meningkatkan kadar penalti bagi kesalahan pemerdagangan orang. Pindaan ini telah mula berkuatkuasa pada 15 November 2010 dan Akta ini kini dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

2. MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN

2.1. Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran telah ditubuhkan selaras dengan Seksyen 6, Akta ini.

2.2 Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan dianggotai oleh Kementerian dan Agensi berkaitan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti berikut:
i. Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri;
ii. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
iii. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia;
iv. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan;
v. Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan;
vi. Peguam Negara Malaysia;
vii. Ketua Polis Negara;
viii. Ketua Pengarah Imigresen;
ix. Ketua Pengarah Kastam;
x. Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim Malaysia;
xi. Wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
xii. National Council for Women Organisations (NCWO);
xiii. Majlis Kanak-Kanak Malaysia (MKKM); dan
xiv. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dua NGO baru yang mempunyai pengalaman dalam isu berkaitan penyeludupan migran akan dilantik sebagai ahli dalam masa terdekat.

2.3 Fungsi Majlis seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta adalah seperti berikut:

(a) menyelaraskan pelaksanaan Akta ini;
(b) merumuskan dasar dan program untuk mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;
(c) merumuskan program perlindungan untuk orang yang diperdagangkan;
(d) memulakan program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap punca dan akibat perbuatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;
(e) memantau corak imigrasi dan emigrasi di Malaysia bagi bukti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dan mendapatkan respons segera daripada agensi kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan tentang masalah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang dibawa kepada perhatiannya;
(f) menasihati Kerajaan mengenai isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa terhadap perbuatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;
(g) membuat syor kepada Menteri tentang segala aspek mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;
(h) menyelaraskan perumusan dasar dan memantau pelaksanaan dasar sedemikian ke atas isu-isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan;
(i) bekerjasama dan menyelaraskan dengan kerajaan dan organisasi antarabangsa mengenai pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;
(j) mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan memberikan kebenaran bagi penyelidikan, berhubung dengan mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran; dan
(k) melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.

2.4 Lima (5) Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi Majlis seperti berikut:


i. Jawatankuasa Perundangan diketuai oleh Jabatan Peguam Negara
ii. Jawatankuasa Penguatkuasaan diketuai oleh Polis DiRaja Malaysia
iii. Jawatankuasa Perlindungan dan Pemulihan Mangsa Pemerdagangan Orang diketuai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
iv. Jawatankuasa Media dan Publisiti diketuai oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; dan
v. Jawatankuasa Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh diketuai oleh Kementerian Sumber Manusia.

2.5 Terdapat 5 Agensi Penguatkuasaan yang telah dilantik untuk melaksanakan Akta ini seperti berikut:

i. Polis DiRaja Malaysia;
ii. Jabatan Imigresen Malaysia;
iii. Kastam DiRaja Malaysia;
iv. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; dan
v. Jabatan Tenaga Kerja.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penguatkuasaan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang

Post  CikguPA on Sat Oct 29, 2011 1:36 pm

Penguatkuasaan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007Undang-undang

Malaysia mengharamkan sama sekali sebarang bentuk pemerdagangan orang melalui Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan dibantu oleh kementerian-kementerian lain menguatkan lagi langkah kerajaan memerangi isu ini di seluruh Malaysia. Perundangan berkenaan Akta ini bermula pada tahun 2008 dan setelah berlaku pindaan pada tahun 2010, Akta ini dilaksanakan dengan lebih telus dan efisien dalam memerangi kedua-dua jenayah ini.

Penguatkuasaan undang - undang.

• November 2007 : Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada seorang rakyat Malaysia berumur 32 tahun yang positif HIV kerana mendapatkan khidmat seorang gadis berumur 14 tahun untuk tujuan seks. Dia dihukum penjara selama 43 tahun, 20 sebatan rotan, dan denda RM15,625.

• Januari 2008 : Ketua Pengarah Penguatkuasaan di Jabatan Imigresen mengeluarkan amaran awam bahawa majikan boleh didakwa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 bagi kes-kes yang melibatkan penderaan dan eksploitasi buruh asing.

• Januari 2008 : Polis telah memberkas sepasang suami isteri di Sabah kerana memperdagangkan tujuh orang wanita Filipina bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Pasangan itu telah merekrut wanita-wanita tersebut dengan janji pekerjaan sebagai pelayan.

• Mac 2008 : Pihak penguatkuasa Imigresen Malaysia telah menjalankan serbuan di Seremban yang mengakibatkan penahanan tiga orang yang disyaki memperdagangkan orang dan menyelamatkan tujuh orang wanita Thai dan tiga orang wanita Laos yang didagangkan untuk eksploitasi seks komersil. Dalam tempoh laporan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 55 orang yang disyaki memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi seks komersil di bawah Ordinan Kecemasan dan Akta
Kediaman Terhad.

• Disember 2008 : Pihak kerajaan telah menyabitkan kesalahan terhadap seorang pesalah pemerdagangan orang buat pertama kalinya di bawah undang-undang anti-perdagangan manusia 2007; seorang warga India telah disabitkan kesalahan atas tuduhan memaksa seorang pekerja domestik wanita melacurkan diri dan telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga lapan tahun. Pihak kerajaan juga telah mendakwa enam orang yang disyaki memperdagangkan orang; salah seorang daripada mereka telah melarikan diri semasa dalam ikat jamin.

• November 2010 : Polis menemui 13 bayi mangsa kegiatan pemerdagangan orang yang dijual antara RM8,000 hingga RM21,000 didalangi sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, sejak menumpaskan sindiket berkenaan.

• November 2010 : Polis Diraja Malaysia menahan sembilan individu termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terbabit dalam kegiatan rasuah menyeludup masuk pendatang tanpa izin masuk dalam negara di sempadan jeti Port Dickson.

CikguPA

Posts: 352
Join date: 2008-11-26
Age: 45
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum