PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Prestasi Bank Rakyat lebih baik

Go down

Prestasi Bank Rakyat lebih baik Empty Prestasi Bank Rakyat lebih baik

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Mon Apr 19, 2010 12:31 pm

Keputusan kewangan suku pertama 2010 diunjur atasi pencapaian tahun lalu

PRESTASI kewangan Bank Rakyat bagi tempoh suku pertama tahun ini, yang akan diumumkan akhir bulan ini, dijangkakan lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Beliau berkata, walaupun keadaan ekonomi negara masih tidak menentu, tanda ke arah pemulihan sudah mula dapat dirasai.

"Kita berharap prestasi kewangan Bank Rakyat akan meningkat seperti yang diharapkan pada suku pertama tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat dan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Karnival Bank Rakyat, di Dataran Tanjung Emas, Muar kelmarin

Beliau berkata, walaupun keadaan ekonomi masih tidak menentu, Bank Rakyat terus kukuh dan mampu memberikan pembiayaan, terutama kepada peniaga dan pengusaha kecil serta kontraktor Kelas F.

Mengenai karnival berkenaan, Kamaruzaman berkata, ia adalah program tahun ketiga dan kali pertama diadakan di Muar.

Bank Rakyat merancang meluaskan karnival itu ke Alor Setar Kedah, Jun ini, Bera di Pahang pada Julai dan Kuching, Sarawak dan Sabah pada Oktober.

Beliau berharap sekurang-kurangnya 60,000 akan mengunjungi setiap karnival itu.
Terdahulu Kamaruzaman menyampaikan zakat kepada 44 pelajar miskin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Naning, Air Hitam sebanyak RM2,200, RM2,100 untuk 42 pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Bukit Gambir, Ledang, dan RM3,000 kepada 60 orang penghuni Rumah Amal Anak-anak Ikhwan. – Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum