PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lebih 3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih

Go down

Lebih 3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih Empty Lebih 3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih

Post  ChenLinU6B Tue Feb 14, 2012 4:57 pm

KANGAR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih, agar jangan menyesal jika mereka tidak berpeluang mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau mengharapkan 3,731,134 rakyat Malaysia ini yang layak menjadi pemilih agar mendaftar bagi membolehkan mereka berpeluang mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagi suku tahun ketiga tahun lepas, hanya 12,400,437 yang diwartakan sebagai pemilih berbanding rakyat yang layak mendaftar sebanyak 16,131,571 orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat untuk pegawai-pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus peringkat negeri Perlis di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, ada yang mengambil mudah dengan tidak mendaftar sebagai pemilih tetapi mereka pasti menyelesal jika tidak berpeluang menentukan masa depan negara melalui haknya sebagai pemilih.

"Jika ingin menjadi pemilih, mereka perlu mendaftar awal kerana ia bukan proses yang singkat. Pada masa ini 23 peratus rakyat Malaysia yang layak mengundi tidak mendaftar," katanya. - BERNAMA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada pandangan saya ,semua rakyat yang sudah mencapai kelayakan mengundi harus memjalankan tanggungjawab sendiri sebagai seorang pengundi.Hal ini demikian kerana masa depan negara bergantung kepada rakyat .Semua rakyat Malaysia harus sedar akan kepentingan mengundi dan tanggungjawab ini merupakan kewajipan kita untuk membantu masa depan negara.Kita harus mempunyai inisiatif untuk mendaftarkan diri sebagai seorang pengundi .Apakah syarat untuk seseorang menjadi pengundi dan cara-cara yang berkesan supaya lebih banyak rakyat mendaftar sebagai seorang pengundi? Smile

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum