Bank Rakyat untung RM1.55b

View previous topic View next topic Go down

Bank Rakyat untung RM1.55b

Post  ZiAmUn(U6A/'10) on Sat Feb 20, 2010 3:57 pm

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat RM1.55 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, meningkat 25.6 peratus daripada RM1.234 bilion tahun sebelumnya.

Ini keuntungan tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah 55 tahun penubuhan bank koperasi itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keuntungan lebih tinggi itu disumbangkan oleh peningkatan pendapatan semua segmen perniagaan Bank Rakyat dan juga disebabkan kestabilan kos dana.



Katanya, dalam tahun kewangan dikaji, keuntungan bersih bank itu meningkat kepada RM1.126 bilion daripada RM954 juta tahun sebelumnya, iaitu peningkatan 18 peratus berasaskan tahun ke tahun.

"Ini dicapai menerusi pendapatan kasar yang meningkat 18.3 peratus kepada RM3.783 bilion berbanding RM3.197 bilion pada 2008," katanya ketika mengumumkan keputusan kewangan Bank Rakyat bagi 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim; Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK, Daud Tahir; Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Mohd Yusof Samsudin.

Ismail berkata, pendapatan bersih Bank Rakyat selepas agihan keuntungan kepada pendeposit pula meningkat 28.4 peratus kepada RM2.61 bilion, hasil pertumbuhan kukuh bagi pembiayaan, deposit serta penambahanbaikan berterusan ke atas kualiti aset.

Pendapatan daripada pembiayaan sebanyak RM3.396 bilion berbanding RM2.804 bilion tahun sebelumnya, iaitu RM3.171 bilion atau 93.4 peratus disumbangkan daripada perbankan pengguna, manakala perbankan komersial menyumbang RM225 juta atau 6.6 peratus daripada keseluruhan pendapatan pembiayaan.

Bank Rakyat turut merekodkan pendapatan berasaskan yuran sebanyak RM81.7 juta, peningkatan 41.6 peratus berbanding RM57.7 juta tahun sebelumnya.

"Pendapatan wasiat, komisen takaful dan yuran perkhidmatan ATM merangkumi 65.6 peratus daripada keseluruhan pendapatan berasaskan yuran pada 2009," katanya.

Ismail menambah, jumlah aset Bank Rakyat tahun lalu meningkat 21.3 peratus kepada RM50.6 bilion hasil daripada pertumbuhan kukuh baki pembiayaan.

Katanya, nisbah pembiayaan tidak berbayar (NPF) bersih Bank Rakyat tahun lalu juga bertambah baik apabila ia menurun kepada 0.8 peratus daripada 1.8 peratus pada 1.8 peratus pada 2008.

Beliau berkata, penurunan dalam nisbah NPF bersih didorong oleh dasar dan amalan pengurusan kredit yang kukuh serta proses kredit yang proaktif.

"Berikutan prestasi yang memberangsangkan itu, Bank Rakyat akan memberikan dividen tunai 15 peratus membabitkan bayaran berjumlah RM299 juta kepada anggotanya mulai Isnin ini," katanya.

Sementara itu, Kamaruzaman berkata, Bank Rakyat bercadang meningkatkan modal berbayarnya sebanyak RM500 juta kepada RM2.5 bilion tahun ini menerusi tawaran saham baru yang dicadangkan untuk langganan bagi menjadi ahli bank koperasi itu.

Katanya, cadangan itu bertujuan membuka peluang kepada orang ramai menjadi anggota baru Bank Rakyat yang keahliannya tidak dapat ditawarkan lagi ketika ini.

"Cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Agung tahunan (AGM) April ini sama ada saham baru itu akan diagihkan kepada ahli sedia ada atau ahli baru," katanya ketika ditanya apakah langkah yang akan dilakukan Bank Rakyat bagi membolehkannya mendapatkan anggota baru.

Selain itu, beliau berkata, keuntungan Bank Rakyat dijangka meningkat kepada RM1.7 bilion tahun ini, dipacu prestasi lebih baik segmen pembiayaan pengguna.

Katanya, sasaran itu mampu dicapai memandangkan terdapat peningkatan bilangan peminjam, terutama dalam segmen pembiayaan pengguna di sebalik persaingan sengit di pasaran.

"Bagaimanapun, marjin keuntungan daripada pembiayaan mungkin lebih rendah tahun ini, jika Bank Negara Malaysia mengambil keputusan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.5 peratus daripada 2.0 peratus sekarang. Jika OPR dinaikkan, ia akan mengikis marjin keuntungan," katanya.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum