PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

F1 1Malaysia satu pelaburan baik

3 posters

Go down

F1 1Malaysia satu pelaburan baik Empty F1 1Malaysia satu pelaburan baik

Post  leeyoong_U6B Fri Sep 18, 2009 5:43 pm

ALOR SETAR 17 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan Pasukan F1 1Malaysia bagi menyertai perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan sebagai satu usaha pelaburan yang baik.

Bekas Perdana Menteri itu yang berperanan memulakan industri kereta nasional melalui penubuhan Proton pada pertengahan 1980-an berkata, penubuhan pasukan tersebut akan merancakkan lagi industri permotoran dan pelancongan negara.

''(Bagus) dari segi pembangunan industri pelancongan dan permotoran negara. Kita boleh belajar bagaimana mahu menghasilkan kereta dan enjin kereta lumba.

''Kejuruteraan kita pun akan bagus," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Rafeah, Taman Uda di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Pada majlis tersebut, Dr. Mahathir turut menyampaikan sumbangan Badan Perhubungan UMNO negeri kepada anak yatim, warga emas dan ibu tunggal.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Pasukan F1 1Malaysia yang merupakan usaha sama kerajaan dan swasta bagi menyertai perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan.

Pasukan tersebut akan berwajah Malaysia kerana kereta yang bakal digunakan akan direka, dibuat dan diuji di SIC.

(dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE)

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

F1 1Malaysia satu pelaburan baik Empty Re: F1 1Malaysia satu pelaburan baik

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Sep 19, 2009 12:10 am

tidak dinafikan.... akhirnya satu keputusan yang bernas dari kerajaan Malaysia.
Pelaburan ini amat berbaloi jika dibandingkan dengan helikopter atau kapal selam yang dilabur....

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

F1 1Malaysia satu pelaburan baik Empty Re: F1 1Malaysia satu pelaburan baik

Post  LiewJoey(LSB) Sun Sep 20, 2009 11:29 am

Harap-harap pelaburan ini dapat merancakkan pembangunan ekonomi negara dan meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa dari segi pembangunan industri pelancongan dan permotoran negara. Smile

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

F1 1Malaysia satu pelaburan baik Empty Re: F1 1Malaysia satu pelaburan baik

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum