PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MEB jaga kebajikan rakyat, kukuh jaringan sosial

Go down

MEB jaga kebajikan rakyat, kukuh jaringan sosial Empty MEB jaga kebajikan rakyat, kukuh jaringan sosial

Post  keat sin (U6A) Sat Mar 27, 2010 10:35 am

KUALA LUMPUR 26 Mac - Satu daripada elemen penting dalam Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan kerajaan pada akhir bulan ini adalah menjaga kebajikan rakyat dengan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu dilakukan kerana kerajaan sedar bahawa masih terdapat penduduk miskin di negara ini yang akan terjejas apabila berlaku perubahan terhadap sesuatu dasar ekonomi.

''Selain membantu penduduk miskin, halangan sukar lain yang perlu diatasi oleh MEB adalah menentukan kaedah-kaedah bagaimana kita boleh menghentikan kebergantungan kepada subsidi.

''Langkah ini adalah bagi membolehkan kita menyalurkan lebih banyak sumber kewangan kerajaan kepada pelaburan yang lebih produktif dan seterusnya meningkatkan pencapaian ekonomi dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman video bertajuk Menjawab Komen - Model Ekonomi Baru yang dimuatkan dalam laman web www.1malaysia.com.my hari ini.

Rakaman video itu adalah sebagai maklum balas terhadap komen yang dibuat oleh seorang individu yang hanya memperkenalkan diri sebagai 'Shan' dalam laman web itu yang mencadangkan supaya MEB memberi tumpuan bagi menyelesaikan isu penghijrahan cendekiawan dan saintis Malaysia ke luar negara.

Najib yang menegaskan akan terus membaca dan menjawab segala komen yang dikemukakan dalam laman web itu dan Facebook beliau berkata, pengumuman mengenai MEB akan dibuat ketika Persidangan Invest Malaysia 2010 akhir bulan ini.

''Terdapat beberapa prinsip penting dan langkah strategik yang akan mengukuhkan MEB dan ini termasuk penumpuan besar terhadap kreativiti dan inovasi.

''MEB juga akan menekankan kepada kesaksamaan supaya setiap rakyat Malaysia berupaya merealisasikan potensi sebenar mereka dengan sepenuhnya,'' kata beliau.

Menurut beliau, model ekonomi itu akan turut mengenal pasti sumber pertumbuhan serta meninjau pasaran baru.

''Faktor penting lain dalam MEB adalah meningkatkan kemampuan sistem penyampaian pentadbiran kerajaan dan memastikan ia bertanggungjawab terhadap segala pencapaian yang telah dibuat," katanya.

Tambah Perdana Menteri, keseluruhan falsafah dan pendekatan MEB akan berdasarkan kepada gagasan 1Malaysia, tanpa melupakan bahawa setiap etnik boleh memainkan peranan penting untuk mengukuhkan perpaduan nasional, supaya wujud Satu Bangsa, Satu Negara yang dijalin oleh satu wawasan.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum