Jamil Khir sokong kempen didik remaja jaga kesucian diri

View previous topic View next topic Go down

Jamil Khir sokong kempen didik remaja jaga kesucian diri

Post  yeeleng(L6A) on Mon Jul 05, 2010 1:33 pm

NILAI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menyokong cadangan supaya diadakan kempen mendidik remaja lelaki dan perempuan menjaga kesucian diri masing-masing sebelum berumahtangga.

Katanya, selama ini sudah banyak kempen dan seruan ditujukan kepada masyarakat secara umum dan adalah lebih baik jika diadakan satu kempen yang menjurus kepada golongan spesifik iaitu remaja dan pelajar sekolah. "Kita setuju kempen itu digerakkan, cuma kempen ini tidak boleh dihentikan begitu sahaja ia perlu membabitkan golongan agama," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah golf amal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di sini hari ini. Jamil Khir berkata, bukan semua masalah keruntuhan akhlak remaja harus dipersalahkan kepada ibubapa kerana keluarga sudah melakukan yang terbaik.
"Ada ibubapa yang telah menghantar dan mengambil anak mereka dari pintu pagar sekolah lagi tetapi masalah akan timbul dalam keadaan remaja mengambil tindakan sendiri ketika di luar kawalan ibubapa mereka.

"Saya bimbang dengan peningkatan kes hamil luar nikah dan pembuangan bayi tetapi masalah itu tidak harus diletakkan pada bahu ibubapa, guru atau pakar kaunseling sahaja," katanya.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum