PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

+2
sim
Ang3laWong
6 posters

Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  Ang3laWong Sat Mar 29, 2008 7:50 am

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0329&pub=utusan_malaysia&sec=ekonomi&pg=ek_01.htm&arc=hive

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April
Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 28 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengeluarkan wang syiling satu sen, walaupun pelaksanaan mekanisme penggenapan dalam urus niaga akan berkuatkuasa pada 1 April ini.

Menurut jurucakap BNM, pengeluaran wang syiling satu sen itu akan diteruskan kerana ia masih mendapat permintaan dalam pasaran, selain wang tersebut juga masih sah diperakukan.



Berikan pandangan anda tentang isu ini.Adakah anda tahu berita ini?Adakan kamu telah kutipkan semua duit satu sen dan membawa semua satu sen ke bank untuk penukaran?

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  sim Sat Mar 29, 2008 8:07 am

sebenarnya,saya amat tidak suka akan 1 sen dan 5 sen,kerana kebanyakan harga barangan di pasaran nilai di belakang mesti ialah 95sen,99 sen,ataupun 55 sen.mengapa harga barangan tidak boleh bernombor bulat seperti harga barangan singapore?ini lebih mudah dikira dan yang pentingnya ialah negara kita tidak terus rugi untuk menghasilkan 1 sen dan 5 sen lagi...

oleh itu, saya amat menyokong kerajaan mengutip balik 1 sen Very Happy ,bukan kerena ia lebih jimat apabila membeli barang kerana bagi saya tidak mempunyai perbezaan semasa membeli barang(kerana barangan yang dibeli masih mahal ) Sad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  Ang3laWong Sat Mar 29, 2008 9:31 am

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=209&pg=658&ac=570&lang=bm

Sila bacakan artikel yang saya berikan.Anda akan tahu semua maklumat tentang Mekanisme Penggenapan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia melalui link yang saya berikan. Very Happy

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  siewMei Thu Apr 03, 2008 10:52 am

Jika mekanisme penggenapan dilaksanakan,mengapakan BNM masih perlu mengeluarkan duit syiling satu sen? Saya masih tidak faham kenapa BNM perlu berbuat demikian. Pengeluaran duit syiling satu sen akan memakan sebahagian kos pengeluaran mata wang Malaysia,jadi kenapa tidak guna wang ini untuk kegunaan yang lain. Dikatakan mereka memerlukan 4.2sen untuk satu sen,jadi jika kita mengeluarkan 1000biji duit syiling satu sen,inimemakan kos sebanyak RM42..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  vinclam1314 Thu Apr 03, 2008 12:22 pm

saya berasa dasar ini adalah sangat baik kerana 1 sen semakin diabaikan oleh orang ramai.. orang ramai berasa 1 sen adalah wang yang sangat kecil dan adalah agak sukar untuk mengutip atau simpan dalam dompet kita.. Jika seseorang ternampak 1 sen terletak di atas lantai, mereka kemungkinan besar tidak akan mengutipkannya tetapi jika ia bukan 1 sen tetapi adalah RM10, kemungkinan besar orang itu akan mengutipkannya.. Selain itu, saya juga berasa dasar ini dapat memberikan kesenangan kepada orang ramai kerana kita tidak perlu lagi mengira 1 sen demi 1 sen untuk membayar sesuatu barangan atau perkhidmatan.. saya harap 5 sen juga akan dikutip balik kerana 5 sen juga agak sukar disimpan sedangkan sangat sedikit barang dikira dalam lingkungan 5 sen.. 5 sen..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  wonderfoo_99 Sat Apr 05, 2008 8:53 am

1 sen adalah sangat penting di zaman dahulu, kerana pada zaman dahulu 1 sen boleh menbeli semangkuk me. Namun, sekarang 1 sen dianggap tidak bernilai ,ini dapat dibuktikan melalui sikap rakyat Malaysia yg suka menbuang 1 sen merata- rata. Justeru, kadar baru yg diperkenankan Bank negara Malaysia boleh menyelesaikan masalah ini. Disebaliknya, ini boleh menguntungkan pihak peniaga. Kesimpulannya, kita harus baik-baik menggunakan 1 sen agar tidak kekurangan 1 sen yg begitu lama disisi kita selama ini. Kita harus menghargai 1 sen.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  vinclam1314 Sat Apr 05, 2008 3:17 pm

Zzz... Sleep

Saya berasa abang Foo tidak harus mengatakan bahawa 1 sen adalah sangat penting tetapi haruslah mengatakan 1 sen merupakan wang yang agak besar pada zaman dahulu seperti wakta yang dimainkan oleh RM10 pada zaman ini. Kemungkinan besar RM10 juga mengalami takdir seperti 1 sen kini pada zaman depan?

Bolehkah abang Foo mengatakan bahawa bagaimanakah dasar mengutip balik 1 sen dapat menguntungkan pihak peniaga? dan mengapa kita haruslah menghargai 1 sen sedangkan 1 sen sedang di bawah proses pengingkiran zaman?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  sim Wed Apr 09, 2008 1:17 pm

vinclam1314 wrote:
Bolehkah abang Foo mengatakan bahawa bagaimanakah dasar mengutip balik 1 sen dapat menguntungkan pihak peniaga?

fikirlah dalam sikit vincent,awak tahu tak sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit.....walaupun nilai 1 sen memanglan kecil tetapi bagi pihak peniaga,kebanyakan barangan harganya perlu menggunakan 1 sen,jika barangan tersebut adalah barangan keperluan harian,pihak peniaga akan menguntung banyak dalam sehari,jadi jangan pandang rendah nilai 1 sen...... Mad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  siewMei Fri Apr 11, 2008 10:36 am

sim wrote:fikirlah dalam sikit vincent,awak tahu tak sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit.....walaupun nilai 1 sen memanglan kecil tetapi bagi pihak peniaga,kebanyakan barangan harganya perlu menggunakan 1 sen,jika barangan tersebut adalah barangan keperluan harian,pihak peniaga akan menguntung banyak dalam sehari,jadi jangan pandang rendah nilai 1 sen...... Mad

akan tetapi,peniaga mengalami kerugian pada masa yang sama,pernahkah kakak fikir tentang ini? sebagai contoh,bagi benda yang berharga RM7.02 ataupun RM7.07,ini akan dibundarkan kepada RM7.00 dan RM7.05,ini bermakna mereka telah rugi RM0.02,betulkan? sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit,jadi lama-kelamaan peniaga ini akan mengalami kerugian yang besar juga... oleh itu,saya juga ingin tahu bagaimankah peniaga mengaut keuntungan sedangkan mereka mengalami kerugian pada masa yang sama.. confused

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  sim Fri Apr 11, 2008 1:21 pm

kak siew mei,peniaga akan rugi apabila 1 sen tidak boleh digunakan bukan rugi semasa 1 sen digunakan.... Smile

saya berfikir,mengapa peniaga menyokong sistem bundaran tersebut kerana memang akan rugi dalam perniagaan?untuk tidak mengalami kerugian, adakah peniaga akan meningkatkan harga barangan kepada 95 sen,supaya dapat bundar ke Rm 1.oo.....haha

maka pembeli akan rugi pada masa itu tetapi pembeli tidak akan tahu kerana harga barangan telah meningkat dan kita tidak tahu harga sebenar barangan itu,jadi apakah yang perlu dibuat oleh pembeli supaya tidak ditipu Question

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  Jennifer Ong Sat Apr 12, 2008 2:39 pm

(Saya telah mengumpulkan semua 1 sen yang ada di rumah.. Pada mulanya, saya ingat ayah akan menukarkannya dengan pihak bank, tetapi ibu saya telah mencadangkan supaya semua duit syiling tersebut didermakan. ) Rolling Eyes

Pada pendapat saya, jika peniaga-peniaga bersetuju dengan dasar ini, tentunya ada udang di sebalik batu!!
Peniaga tidak akan menjalankan perniagaan yang merugikan.

Saya bersetuju supaya dasar ini dikuatkuasakan. Ini dapat memudahkan lagi transaksi dalam dunia perniagaan. Selain itu, ia juga dapat memudahkan pengiraan wang semasa membayar. Pembeli tidak lagi perlu menyediakan 1 sen dalam dompet mereka.

Justeru itu, saya menyokong dasar ini walaupun daripada artikel yang saya baca, pihak bank masih akan mengeluarkan duit syiling 1 sen ini.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  vinclam1314 Sat Apr 12, 2008 3:48 pm

ya.. saya juga masih tidak faham mengapakah dan bagaimanakan peniaga menguntung daripada dasar ini.. saya pernah nampak satu berita yang mengatakan pihak POS tidak akan menggunakan dasar ini pada masa ini.. mengapakah mereka boleh berbuat begitu? adakah mereka adalah badan di bawah kerajaan, oleh itu mereka boleh mengabaikan dasar ini? bukankah dasar ini dilaksanakan di seluruh malaysia? selain itu, jika seseorang peniaga tidak mengikuti dasar ini, adakah dia akan didakwa? atau apakah tindakan yang akan dikenakan oleh dia? sebagai contohnya, jika seseorang peniaga mahu mengambil wang pengguna sebanyak RM 9.00 apabila wang yang sepatutnya perlu dibayarkan adalah RM 8. 97 ?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April Empty Re: Syiling satu sen tetap dikeluar selepas 1 April

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum