PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kecewa rakaman kena pukul, bogel tersebar di internet

Go down

Kecewa rakaman kena pukul, bogel tersebar di internet Empty Kecewa rakaman kena pukul, bogel tersebar di internet

Post  WAN SEN (U6A) Fri Mar 19, 2010 4:30 am

JITRA: Seorang pemuda kesal apabila rakaman telefon bimbit sekumpulan tujuh lelaki membogel dan memukulnya, termasuk di kemaluan di tepi sungai di kawasan ladang kelapa sawit, Oktober lalu tersebar menerusi internet.

Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Wan kini tertekan dan malu kerana sehingga kini belum ada suspek ditahan atau disiasat polis.

Pemuda itu berkata, tiada perkembangan berhubung kes itu diterima walaupun beliau memberi maklumat untuk membantu polis, termasuk menunjukkan lokasi kejadian, selain menyerahkan salinan rakaman video yang diperoleh dari seorang kawan ketika membuat laporan polis, 15 Januari lalu. "Saya lewat membuat aduan kerana diugut kumpulan lelaki itu. Bagaimanapun selepas mendapati rakaman 4 minit 51 saat itu disebar secara meluas, kesabaran saya hilang dan terus buat laporan," katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, tujuh lelaki terbabit membogel dan memukulnya sebelum memaksanya berendam di dalam sungai di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, Sungai Petani kerana dituduh menjalin hubungan sulit dengan seorang gadis berusia 20 tahun.

Wan berkata, kejadian itu bermula apabila pada kira-kira jam 2 pagi, 27 Oktober lalu beliau ditahan sekumpulan lelaki itu ketika memandu seorang diri dari Kampung Gelung menghala Taman Delima di sini, sebelum dibawa ke Bukit Selambau dan dibebaskan pada jam 12 tengah malam keesokannya.

Beliau berkata, kumpulan yang menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan adik seorang daripada tujuh lelaki itu menumbuk dan memukulnya sebelum dikurung semalaman di sebuah rumah di Bukit Selambau.
"Keesokannya saya dibawa ke ladang kelapa sawit dan apabila melintasi sungai, saya ditolak keluar dari kereta sebelum enam lelaki membogelkan saya, manakala seorang rakan mereka merakamkan kejadian itu menggunakan telefon bimbit.

"Kumpulan itu juga memukul, memijak lutut dan melastik kemaluan saya sebelum memaksa saya berendam di dalam sungai," katanya.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum