PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MTUC(Sarawak)Kecewa Isu Upah Rendah Tak Ditangani dlm RMK10

Go down

MTUC(Sarawak)Kecewa Isu Upah Rendah Tak Ditangani dlm RMK10 Empty MTUC(Sarawak)Kecewa Isu Upah Rendah Tak Ditangani dlm RMK10

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 12, 2010 1:08 pm

KUCHING, 10 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Bahagian Sarawak, yang sambil menyokong teras utama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), turut melahirkan rasa kecewa bahawa rancangan itu tidak menangani upah rendah di negara ini.

Di dalam satu kenyataan di sini Jumaat, Setiausahanya, Andrew Lo berkata kesatuan itu bimbang bahawa kerajaan akan terus dan malah mengukuhkan dasar menyokong perniagaan.

Katanya kesatuan itu berharap kekayaan yang diwujudkan akan mengalir turun kepada semua pihak.

"Kami kecewa dengan cadangan untuk meliberalisasi pasaran tenaga kerja yang akan menghakiskan lagi keupayaan para pekerja Malaysia untuk menaikkan paras upah.

"Tiada usaha konkrit untuk menaikkan upah. banyak negara berpendapatan tinggi mempunyai upah minimum dan tiada apa mengenai perkara ini disebut di dalam RMK10," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan RMK10 di Parliamen semalam.

Rancangan itu bertujuan mengemudikan negara ini ke arah menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dan berproduktiviti tinggi.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum