PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MTUC dakwa syarikat guna asid tanpa langkah keselamatan

Go down

MTUC dakwa syarikat guna asid tanpa langkah keselamatan Empty MTUC dakwa syarikat guna asid tanpa langkah keselamatan

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Sun Feb 07, 2010 11:21 am

MTUC dakwa syarikat guna asid tanpa langkah keselamatan

PELABUHAN KLANG: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mahu tindakan diambil ke atas sebuah syarikat pengeluar baja di Klang yang didakwa menggunakan asid borik tanpa langkah keselamatan yang betul dan memberhentikan 11 pekerja yang mengadu sakit akibat terdedah kepada racun itu.

Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam, meminta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) untuk campur tangan sambil berkata, para pekerja syarikat itu tidak menyedari mereka menggunakan asid borik kerana pengurusan membuang label-label daripada bekas-bekas itu.

"Ia hanya secara kebetulan apabila seorang pekerja ternampak label pada satu daripada bekas-bekas itu dan memaklumkan kepada rakan-rakan pekerja dan MTUC," katanya.

Katanya, 11 pekerja mengalami penyakit kulit manakala seorang lagi menderita di bahagian sulitnya berikutan terdedah dengan asid itu dan 11 pekerja itu diberhentikan apabila mereka membangkitkan perkara itu dengan pengurusan.

Balasubramaniam berkata, syarikat itu memberikan alasan yang lemah bagi memberhentikan mereka seperti "prestasi buruk" dan "enggan menghadiri inkuiri syarikat."

Beliau berkata, MTUC mendapati bahawa syarikat itu telah gagal menyediakan langkah-langkah keselamatan kepada pekerja.

Katanya, ia adalah satu tindakan pelanggaran undang-undang yang serius dan MTUC mahu DOSH untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat itu.

Asid borik adalah racun yang berbahaya. Mereka yang mengalami keracunan asid borik akan mengalami simptom-simpotom seperti muntah dengan warna hijau kebiru-biruan, cirit birit dan ruam berwarna merah terang pada kulit. - Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum