PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Orang Asli ke AS

Go down

Orang Asli ke AS Empty Orang Asli ke AS

Post  ong poh lee U6B Wed Mar 17, 2010 4:26 pm

BANTING 16 Mac - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhasrat untuk membawa seorang pengukir Orang Asli ke Washington, Amerika Syarikat untuk mempromosikan seni kraf tangan tempatan serta kebudayaan etnik minoriti itu, April ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pengukir berkenaan yang dipilih dari kalangan suku kaum Mah Meri dari Pulau Carey di sini akan dihantar ke negara itu sempena Pameran Seni Negara yang diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Menurut beliau, tawaran itu dilakukan kerana pencapaian kumpulan itu yang berjaya menjual hasil kraf tangan Orang Asli melebihi RM16,000 dalam tempoh satu minggu hanya melalui sebuah gerai kecil pada Festival Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010, baru-baru ini.

"Salah seorang pengukir dari suku kaum Mah Meri akan bersama-sama dengan kementerian ke Washington pada minggu pertama April ini untuk memperkenalkan budaya serta keindahan seni masyarakat Malaysia di sana.

"Dengan penglibatan pengukir Orang Asli dalam pameran ini, mereka bukan setakat mengukir seni warisan mereka seperti topeng, tetapi juga bentuk-bentuk lain yang menunjukkan keindahan masyarakat Orang Asli.

"Ini kerana, warisan kesenian ukiran suku kaum Mah Meri bukan hanya terkenal tetapi turut mendapat pengiktirafan badan dunia seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Moyang anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Morad serta Tok Batin Kampung Sungai Bumbun, Sidin Bujang.

Hari Moyang merupakan salah satu acara terpenting dalam kalendar masyarakat Orang Asli di negara ini yang diadakan sebagai memperingati nenek moyang mereka.

Rais turut memberitahu pihaknya pada masa yang sama akan turut menyerapkan pelbagai program 1Malaysia melibatkan Orang Asli bagi memastikan kaum itu tidak terpinggir daripada sebarang pembangunan di bawah gagasan tersebut.

Melalui program itu, jelas beliau, pihaknya akan meneruskan bimbingan kraf, budaya dan pembinaan semangat kepada Orang Asli supaya bersama-bersama menikmati kemakmuran di bawah gagasan 1Malaysia.

Namun beliau turut mengingatkan kepada semua Orang Asli supaya tidak membiarkan pihak lain termasuk anak-anak dari kelompok mereka merosakkan gagasan tersebut yang merupakan asas kepada pentadbiran negara ini.

Malah, katanya, Orang Asli di negara ini juga tidak perlu takut dengan nasib mereka pada masa depan kerana hak mereka dilindungi di bawah Perlembagaan negara.

"Orang Asli adalah sama kedudukannya dengan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai hak di negara ini di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Di bawah peruntukan ini, hak Orang Asli, anak-anak dan keturunan mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pelindung mereka tanpa menafikan hak-hak kaum lain di negara ini," jelasnya.


Oleh ABDUL YAZID ALIAS dan SAHARUDDIN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum