PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rakyat masih kurang faham konsep 1Malaysia

Go down

Rakyat masih kurang faham konsep 1Malaysia Empty Rakyat masih kurang faham konsep 1Malaysia

Post  LiewJoey(LSB) Sun Mar 14, 2010 2:25 pm

2010/03/14
MIRI: Jabatan Penerangan mendapati rakyat keseluruhan tahu kewujudan Gagasan 1Malaysia tetapi masih belum mencapai kefahaman penuh tentang konsepnya, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Morad di sini, hari ini.

Menurutnya, kajian yang dibuat jabatan itu baru-baru ini mendapati 80 peratus daripada rakyat negara ini mengetahui berkenaan 1Malaysia namun penjelasan mereka tidak menggambarkan pemahaman penuh berkenaan intipati gagasan itu.
"Jadi tahun ini kita akan meneruskan lagi usaha untuk memberi penjelasan tentang konsep 1Malaysia dan bagaimana rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat menghayatinya secara lebih mendalam lagi," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Sepakat Bestari Parlimen Miri anjuran Komuniti Bestari Kampung Pulau Melayu di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak kawasan Pujut, Andy Chia, mewakili Ahli Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk merasmikan program berkenaan.

Menurut Abdullah, tenaga dari Komuniti Bestari yang diwakili masyarakat di peringkat akar umbi akan digemblengkan untuk membantu jabatannya dalam melaksanakan usaha menjelaskan konsep 1Malaysia serta dasar-dasar kerajaan yang lain.

Beliau berkata, peranan Komuniti Bestari amat penting dalam mengukuhkan lagi usaha Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat-maklumat kerajaan di samping menerima maklum balas dari rakyat.
Katanya, apa-apa isu yang dibangkitkan oleh rakyat menerusi maklum balas yang diterima akan dianalisis untuk disampaikan ke peringkat akar umbi.

"Apa yang kami lakukan adalah seiring dengan hasrat Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib Razak) yang mahu merasai terus denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi," katanya. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum