PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut

2 posters

Go down

Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut Empty Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut

Post  yeow_U6A/2010 Thu Feb 18, 2010 4:04 pm

WASHINGTON: Satu kajian disiarkan rancangan Psychological Science menunjukkan bayi yang mendengar dua bahasa ketika dalam perut lebih terbuka untuk menguasai dua bahasa.

Pakar sains psikologi dari University of British Columbia dan seorang penyelidik dari Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan di Perancis membuat ujian terhadap dua kumpulan bayi yang baru dilahirkan.

Satu kumpulan hanya mendengar bahasa Inggeris ketika dalam kandungan manakala kumpulan lain mendengar bahasa Inggeris dan Tagalog.

Untuk mengenal pasti pilihan bayi bagi sesuatu bahasa, penyelidik menjejak tindak balas menghisap bayi baru dilahirkan.

Peningkatan kadar hisapan membayangkan tindak balas bayi itu terhadap sesuatu stimulus.

Dalam ujian pertama, bayi terbabit mendengar 10 minit ucapan dengan setiap minit diselang selikan dengan bahasa Inggeris dan Tagalog.

Bayi yang hanya berbahasa Inggeris lebih berminat dalam bahasa itu berbanding Tagalong di mana mereka menunjukkan peningkatan dalam kadar hisapan apabila mendengar perkataan Inggeris berbanding percakapan dalam bahasa Tagalog.

Manakala bayi yang terdedah dengan dua bahasa menunjukkan pilihan yang sama bagi bahasa Inggeris dan Tagalog. - AFP

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut Empty Re: Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 18, 2010 6:54 pm

Apakah yang dimaksudkan oleh "Bahasa Tagalog" ? Bolehkah saudara yeow_U6A/2010 terangkan?

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut Empty Re: Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut

Post  yeow_U6A/2010 Sun Feb 21, 2010 4:59 pm

Tagalog ialah salah satu bahasa terpenting di Republik Filipina. Bahasa ini tergolong dalam kumpulan bahasa Austronesia dan mempunyai hubungan dengan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu.

Perkataan Tagalog berasal dari perkataan tagá-ílog, dari tagá- yang bermakna "penduduk asal" dan ílog yang bermakna "sungai", atau "penduduk asal di tepi sungai". Sejarah bahasa Tagalog tidak begitu diketahui sebelum datangnya pedagang Sepanyol kerana ia tidak memiliki tradisi penulisan. Namun, pakar bahasa telah membuat kesimpulan bahawa leluhur bangsa Tagalog berasal dari bahagian timur laut Mindanao atau bahagian timur Visayas.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut Empty Re: Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 25, 2010 8:19 pm

Rupanya Bahasa Tagalog mempunyai sejarah yang sebegini.. Terima kasih....
Saudara telah menerangkan soalan saya dengan jelas dan membekalkan maklumat yang lengkap. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut Empty Re: Bayi faham 2 bahasa sejak dalam perut

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum