PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kikis sikap kenegerian, jayakan konsep 1Malaysia

Go down

Kikis sikap kenegerian, jayakan konsep 1Malaysia Empty Kikis sikap kenegerian, jayakan konsep 1Malaysia

Post  keat sin (U6A) Mon Apr 19, 2010 12:02 pm

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini mengajak rakyat negeri itu supaya mengikis sikap kenegerian bagi menjayakan konsep 1Malaysia yang mengutamakan pembentukan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka dan berganding bahu memajukan negara ini.

Beliau berkata, rakyat perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat.
"Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu
," katanya ketika menjawab soalan Kamarlin Ombi (BN-Lumadan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini.
Musa berkata, perpaduan nasional adalah penting untuk mencapai cita-cita kebangsaan khususnya kestabilan politik dan taraf hidup yang lebih baik untuk semua warga.

Katanya, konsep 1Malaysia juga adalah pemangkin kepada proses transformasi sosial yang menjurus kepada kemajuan negara dan kesejahteraan hidup rakyat.

"Pada masa yang sama, ianya juga adalah cabaran kepada golongan cendekiawan dan penjawat awam untuk memikir, meneroka dan mencari strategi terbaik bagi merealisasikan konsep dan semangat 1Malaysia," katanya.

Musa berkata, pelaksanaan gagasan 1Malaysia turut diperkukuhkan dengan pengenalan Model Ekonomi Baru dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Ini, kata beliau, akan mendorong kepada bentuk ekonomi moden yang pesat, masyarakat yang bersatu padu dan kerajaan yang berwibawa bagi menangani pelbagai isu termasuk penghijrahan keluar tenaga pakar, modal dan penyertaan positif daripada semua kaum.

"Misi perpaduan bukanlah sekadar keharmonian dan hubungan baik semata-mata, tetapi apa yang penting ialah pembinaan sebuah negara Malaysia yang produktif dan berdaya saing serta berjaya mencapai wawasan 2020," katanya.

Musa berkata, kerajaan Sabah telah memberi pendedahan mengenai konsep 1Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan orang awam di negeri ini.

Beliau berkata, ia termasuk Hari Terbuka GTP peringkat negeri yang diadakan pada 21 dan 22 Januari lalu, yang antara lain bertujuan memberi penerangan dan gambaran yang lebih jelas mengenai konsep 1Malaysia.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum