PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar maut diserang dua lelaki

Go down

Pelajar maut diserang dua lelaki Empty Pelajar maut diserang dua lelaki

Post  ypeng(U6A/10) Sat Mar 13, 2010 2:38 pm

KUCHING 12 Mac – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa maut manakala dua rakannya cedera setelah diserang dua lelaki dalam kejadian di kawasan perindustrian ringan Batu Kawa, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Suci Nor Rahma Mohd. (gambar), 14, parah setelah ditikam dengan senjata tajam di perut.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Seorang rakannya yang berusia 13 tahun juga parah akibat ditikam di perut dan kini dirawat di hospital sama manakala rakannya yang berusia 15 tahun cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghantar salah seorang rakan mereka yang tidak tinggal jauh dari tempat kejadian.

Namun katanya, ketika melalui di tempat kejadian, mereka didatangi oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“Mereka kemudian menyerang mangsa sebelum melarikan diri dengan barang berharga kepunyaan mereka.

“Siasatan awal percaya suspek mengenali mangsa. Bagaimanapun timbul pelik kerana mereka mencederakan mangsa yang masih kecil.

“Namun kita akan menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, kesemua remaja berkenaan sedang dalam perjalanan pulang menghantar salah seorang rakan mereka setelah membeli belah di MJC Commercial Centre di Bandar Baru Batu Kawa.

Kock Keong berkata, polis akan berusaha mendapatkan rakaman litar tertutup berhampiran tempat kejadian serta menyoal rakan mereka yang turut menyaksikan kejadian itu untuk membantu siasatan.

“Buat masa ini, kita menjalankan siasatan ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambah beliau.

Difahamkan rakan mangsa yang dilaporkan kritikal kini dalam keadaan stabil manakala rakannya yang cedera ringan telah dibenarkan keluar hospital.

Jenazah Suci Nor Rahma telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Sementara itu, ibu mangsa, Maduretna Anarki, 36, ketika ditemui hari ini berkata, dia tidak dapat memaafkan perbuatan suspek dan mahu balasan setimpal dikenakan terhadap anaknya.

Katanya, anaknya merupakan seorang pelajar pintar dan berbudi bahasa kerana amat menghormati orang tuanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum