PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cedera diserang lapan lelaki

Go down

Cedera diserang lapan lelaki Empty Cedera diserang lapan lelaki

Post  wai peng[L6A] Tue Dec 29, 2009 1:06 pm

BUTTERWORTH 28 Dis. - Seorang lelaki terpaksa menerima 16 jahitan di paha kanan selain cedera di tengkuk dan belakang badan selepas diserang lapan lelaki berhampiran Kawasan Perindustrian Mak Mandin, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa, S. Krishnan, 47, menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya selepas mengisi minyak di sebuah stesen berhampiran.

Menurut Krishnan, dia kemudian ditahan sekumpulan lelaki sebelum mereka bertindak membelasah dan menikamnya dengan senjata tajam beramai-ramai.

Menceritakan detik-detik serangan itu, Krishnan memberitahu, pada mulanya kumpulan lelaki tersebut mengajaknya berbincang di sebuah restoran berdekatan.

"Namun keadaan menjadi tegang apabila salah seorang daripada mereka bertindak agresif dan menyerang saya.

"Seorang daripada mereka berteriak supaya kaki saya ditetak. Saya sedaya upaya cuba melawan dan berjaya melepaskan beberapa tumbukan sebelum mereka melarikan diri," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Raja Uda di sini hari ini.

Krishnan berkata, dia kemudiannya menghubungi seorang rakan yang menghantarnya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kes itu katanya, akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

wai peng[L6A]

Posts : 7
Join date : 2009-07-07
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum