PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dipercayai didera?

2 posters

Go down

Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dipercayai didera? Empty Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dipercayai didera?

Post  kuanchin91 Sun May 16, 2010 4:52 pm

PETALING JAYA 16 Mei – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, yang dipercayai didera oleh pengasuhnya, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, Mohd. Rayyan Afzanizam, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM sejak Jumaat lepas, disahkan meninggal dunia pada 8 malam tadi.

"Mohd Rayyan dibawa ke PPUM pada Selasa lalu selepas pengasuhnya mendapati Mohd. Rayyan sesak nafas sebelum menghubungi ibu bapa bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi itu mengalami pendarahan di otak.

"Namun, kita masih belum mendapat laporan bedah siasatan berhubung punca sebenar kematian bayi berkenaan,” katanya.

Susulan itu, polis menahan pengasuh wanita berusia 47 tahun itu di rumahnya di USJ Subang Jaya hari ini untuk membantu siasatan.

"Pengasuh itu direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dipercayai didera? Empty Mangsa alami pendarahan dalam kepala

Post  HsianMin (U6B/2010) Mon May 17, 2010 3:44 pm

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia, disyaki akibat didera pengasuh yang baru dua minggu menjaganya. Mangsa, Muhammad Rayyan Afzanizam, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, jam 8.30 malam kelmarin, sehari selepas koma. Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala selain turut mempunyai kesan lebam pada bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, bayi itu mengalami sesak nafas dihantar pengasuhnya ke klinik di Subang Jaya pada jam 7 malam, Jumaat lalu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai perkara itu kemudian mengejarkannya ke PPUM sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia 24 jam selepas diberikan rawatan di pusat perubatan terbabit.
“Doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki kesan dera pada tubuh mangsa. Ketika ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zainal Rashid berkata, polis menahan seorang wanita berusia 40-an yang tinggal berjiran dengan rumah keluarga mangsa di sebuah pangsapuri di USJ, Subang Jaya, pagi semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, wanita itu ditahan reman enam hari mulai semalam dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, keluarga mangsa ketika ditemui di PPUM, enggan bertemu media bagi memberikan sebarang kenyataan.

Jenazah bayi berkenaan dituntut ibu bapanya kira-kira jam 3.15 petang dan difahamkan mangsa dikebumikan di kampung keluarganya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum