PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lapan dapat anugerah belia negara

Go down

Lapan dapat anugerah belia negara Empty Lapan dapat anugerah belia negara

Post  yeow_U6A/2010 Fri May 14, 2010 8:28 am

PUTRAJAYA: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Zahra Masoumah Abdul Halim, 19, yang berjaya merentasi Selat Inggeris tahun lalu dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Suhaimi Ibrahim, adalah antara lapan pemenang Anugerah Belia Negara 2010.

Zahra adalah pemenang bagi kategori Daya Juang Malaysia Boleh, manakala Suhaimi pula dipilih sebagai pemenang kategori Tokoh Jasa Belia Lelaki. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata anugerah itu akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, esok. "Anugerah Belia Negara adalah satu pengiktirafan dan penghargaan diberikan kerajaan bagi pencapaian individu atau pertubuhan belia yang banyak membantu pembangunan belia dan masyarakat.

"Pemenang anugerah ini akan menerima hadiah piala iringan 1Belia 1Malaysia, sijil pengiktirafan dan wang tunai RM10,000 bagi Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia, manakala RM7,000 bagi kategori individu lain," katanya pada sidang media selepas mengumumkan nama pemenang Anugerah Belia Negara 2010 di sini, semalam.

Enam pemenang lain termasuk Othman Ahmad (Kesukarelaan); Irmohizam Ibrahim (Kepemimpinan); Mohd Kama Kaharmuzakir Kamarudin (Keusahawanan); Ramadan Mohd Taf (Wira Tani); Rozana@Ojane Kamarulzaman (Tokoh Jasa Belia Wanita) dan Persatuan Belia (MAYC) Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu (Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia).

Sementara itu, Irmohizam ketika ditemui berkata, beliau berasa gembira, walaupun tidak pernah menyangka akan dipilih sebagai pemenang Anugerah Belia Negara bagi kategori Kepemimpinan, pada tahun ini.
"Saya ingin menghadiahkan anugerah ini kepada belia di seluruh negara terutama Perdana Menteri yang berjaya meningkatkan keyakinan generasi muda Malaysia," katanya

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum