PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TPM: Belia perlu ada ilmu kepenggunaan

Go down

TPM: Belia perlu ada ilmu kepenggunaan Empty TPM: Belia perlu ada ilmu kepenggunaan

Post  ypeng(U6A/10) Sun May 16, 2010 7:36 am

TPM: Belia perlu ada ilmu kepenggunaan

PUTRAJAYA 15 Mei - Golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan supaya mereka tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang rakus mengaut keuntungan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ilmu tersebut amat penting supaya mereka tahu hak-hak sebagai pengguna bagi mengelak ditipu atau ditindas.

"Isu kepenggunaan kini menjadi lebih mendesak dan mencabar, oleh itu kita harus mempunyai ilmu untuk menguruskan masa depan supaya tidak terancam dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menindas atau menipu kita.

"Jika kita tahu akan hak kita, pihak-pihak terbabit bukan saja akan bimbang dengan peruntukan undang-undang yang ada tetapi juga takut kepada kuasa pembeli sebagai pengguna dalam negara," katanya.

Beliau berucap pada Seminar Pendidikan Pengguna Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, gerakan kepenggunaan dalam sebuah negara yang pesat membangun amat penting untuk mengetahui bagaimana menguruskan kehidupan di samping memastikan hak individu tidak dinodai.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha melindungi kepentingan pengguna yang sebahagian besarnya merupakan generasi muda di negara ini.

"Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan dipinda untuk memperkukuhkan perlindungan kepada pengguna.

"Pendedahan tentang kefahaman kepenggunaan adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai tahap masyarakat berpendapatan tinggi di bawah Model Baru Ekonomi," kata beliau.

Muhyiddin berkata, golongan belia juga harus memajukan diri selari dengan hasrat kerajaan mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Belia mempunyai cabaran besar untuk membawa Malaysia lebih maju pada hari ini maka kita tidak boleh hanya berpuas hati akan apa yang dinikmati sekarang ini.

"Belia menjadi penentu kepada keberhasilan dan kejayaan kita dengan meningkatkan penguasaan terhadap bidang ilmu untuk memastikan negara kita mempunyai kepakaran dan keusahawanan yang merupakan prasyarat penting sebagai negara maju," katanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum